Posts

Showing posts from September, 2012

Hati

Hati-hati teman.... "Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.”  jengah-jengah status .tiba-tiba saya terbaca status ni.  memang kena lah dengan sharing saya pasal hati. saya selalu sangat share pasal hati, sebab apa dlam hadith ke 16- "apabila hati itu baik, maka baiklah segala anggotanya dan apabila hati itu rosak maka rosaklah segala anggota " bila mana saya share pasal hati saya memang tak da hati. bukan maksud saya ni tidak berperikemanusiaan tapi sememangnya saya perlu kuat hati kenapa kena kuat hati? sebab

mengemis kasih dri NYA

Image
Tuhan, dosaku menggunung tinggi tapi RahmatMU melangit luas Harga selautan syukurku Hanya lah setitis nikmatMU di bumi. setitis air mata jatuh apabila menghayati lirik ini. sungguh. manusia ni banyak sangat dosa dengan Tuhan tapi rahmatNYA sangat banyak seluas langit. 3 hari perjalanan ke Kuala Lumpur cukup memberi makna kepada saya kerana tujuan saya pergi ke sana adalah kerana berprogram. tapi sungguh tarbiah saya bukan pada pengisian tapi sepanjang perjalanan saya ke sana. kalau saya cerita satu persatu kejadian. pasti orang lain yg mendengar nya seakan tidak percaya pasti mereka mengatakan kerja gila heh.. pasti ALLAH akan tarbiah setiap hambanya sorang demi sorang. harus melawan perasaan itu.. dan ujian dari ALLAH benar-benar menguji kami berlima. 3 hari pemergian kami ke semenanjung benar-benar mendapat tarbiah direct dari ALLAH saya, dan usrahmate yang lain berjaulah dari lcct-upm serdang, rumah akhowat jannah, sek serdang, ibooks,setiawangsa, gombak,

Ukhti yang ku sayang

Image
                                                                         ukhti-ukhti fillah Salam ukhwah khas buat ukhti-ukhti yang saya sayangi   sungguh tarbiah perlukan pengorbanan. pengorbanan apa? pengorbanan hati. kita biasa dengar tentang pergorbanan tentang masa, harta,wang ringgit. saya nak quote satu ayat saya jumpa kat blog ni marilah kita renung kata-kata Imam Hasan Al-Banna : “Dakwah ini tidak mengenal sikap lemah. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penyerahan sepenuhnya. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia mesti hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.. pergorbanan hati ni terlalu banyak yang kita boleh terjemahkan.. tapi saya tak nak cerita pasal hati. saya in

Muktamar Mahasisiwa Tarbawi Sarawak

Image
masih teringat status seorang hamba ALLAH ni hidup bukan untuk suka-suka tapi perjuangan untuk meraih redhaNya malanglah jika kita tidak nampak akan tujuan dan matlamat sebenar kehidupan manusia samalah kita seperti penyapu yang digunakan untuk dijadikan kayu hoki la  dari fungsi asalya bermakna sudah bertentangan dengan fitrahnya di jalan ini ada redha dan syurgaNya maka mengapa harus memilih sebaliknya? Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Surah Yusuf:108] tarbiah itu bukan hanya kamu cakap-cakap sahaja tarbiah itu bukan hanya kamu berangan-angan sahaja tarbiah itu bukan hanya kamu duduk duduk sahaja. tapi tarbiah itu memerlukan kamu untuk bergerak.. bergerak semampu yang mungkin. Alhamdulilah. kerana ALLAH masih lagi memilih saya untuk berada di jalanNYA. saya akan share beberapa perkara me

Niat kerana ALLAH

Image
Assalamualaikum apa khabar iman? semoga iman kita sihat sebagaimana kita mengecas handpone kita apabila sudah low batery. Alhamdulillah kerana ALLAH bagi saya kerja dunia (assigment) yang banyak seiring dengan kerja akhirat yang belum kita kita lunaskan.. Ya ALLAH sungguh kita perlukan tarbiah.dan tarbiah benar2 mengikat hati-hati kita kepada Pencipta kita. tarbiah salah satu langkah kita untuk meraih jannah Mu. sungguh saya masih merangkak untuk pergi ke Jannah Mu.doakan saya yer sahabat. Jika kita bantu agama ALLAH, ALLAH pasti membantu.. surah Muhammad Ayat :7 saya benar-benar terkesan dengan ayat ini walaupun selalu di beritahu dan tadabur. sungguh ALLAH itu nak kita tolong agama dia kerana dia memang nak bagi free syurga kat hambaNYA. Naqibah tnye..kenapa kita nak bantu agama ALLAH, kan ALLAH itu Maha Kuasa dan Maha Perkasa. nape kita kena bantu jugak..baru saya terfikir?kenapa kenapa kenapa.. ish kenapa sebelum ni x terfikir... nampak sangat saya ni x guna akal

BERUBAH itu PAYAH

Image
Berubah itu Payah sesuai sangat dengan post terbaru JOM 06. Pilihan di tanganku. saya sangat seronok menjadi seller majalah JOM kat IPG dan Sibu. spread the ISLAM through the majalah JOM.. insyallah untuk saham akhirat. nak share pasal berubah itu Payah.. Memang payah , perit, sakit, nak share  "sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kerana ALLAH kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti dia BAHAGIA.." dalam hidup ini semua orang nak struggle, struggle nak kaya cepat, struggle nak naik pangkat cepat, struggle nak dapat kerja bagus2. tapi mereka lupa stuggle untuk kehidupan akhirat. dan hanya kita yang tahu Hati kita macam mana.dan ALLAH yang pegang hati kita. sama ada hati kita ni tenang, gelisah, resah, sakit , ... ok saya sudah terlebih. saperti post sebelum ini saya telah mencerita latar belakang sekolah, persekitaran saya yang bukan dari sekolah agama. tapi hakikatnya.. sekolah membentuk saya

Apa itu Daie?

Image
Daie itu penyampai kebenaran. Tidak kira seorang daie itu ustazah, ustaz, pelajar, guru, tukang kebun, peniaga tepi jalan, tukang sapu sampah kebenaran apa? kebenaran tentang ISLAM. Kebenaran yang orang susah nak dengar.. Baru-baru ini saya telah pergi ke Majlis Ramah Tamah Peringkat Tadika Didik Ria di Sibu. tujuan utama selain untuk bertemu dengan akhowat seperjuangan. Saya telah berjumpa dengan seorang aktivis yang telah pergi ke Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan baru-baru ini. SubhanALLAH..Alhamdullilah.. masih segar di ingatan saya dengan perkongsian yang ringkas dan menyentuh hati. betapa bertuah nya diri ini bertemu dengan orang-orang hebat di dalam dakwah dan tarbiah. Sungguh saya mahu menjejaki seperti mereka. satu kebenaran yang saya dapat tentang keadaan di Gaza saudara islam kita yang masih berjuang membebaskan Al-Aqsa nama ukhti tersebut adalah Utin Syafira. Ukhti tersebut belajar di Monsurah dan sangat mahir berbahasa Arab. Menceritakan detik2 bel

ALLAH itu sedekat urat nadi.

Image
Assalamualaikum.salam dhuha. saya menulis post ini masa waktu dhuha. seminggu saya baca sebuah buku ini yang bertajuk "Amalan Meraih Ganjaran Pahala" oleh Zulkarnain Dollah apa yang saya dapat dari buku ini? Masyallah.sangat menarik. Buku ini memberi semangat kepada saya untuk terus meraih ganjaran pahalan yang ALLAH janjikan di syurga nanti.isnyallah..  dalam banyak-banyak tajuk di dalam buku tersebut. saya hanya akan berkongsi tentang Bagaimana mendekatkan diri kepada ALLAH bagi mendapat kasih sayang dan keredaanNYA? How lucky we have ALLAH..                                                             comel nya budak ni berdoa 1. Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi ALLAH 2. Kita perlu merancang kebahagian untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan      hidup di dunia 3. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik , waktu dan masa yang sesuai serta pemberian yang baik     untuk kita lakukan

D for Dakwah

Image
Di sebabkan saya banyak post2 islamik kat FB dan twitter.Maka izinkan saya untuk menceritakan background  saya di sini.  1998- 2003 Sek Kebangsaan Sri Amar  2004- 2006 Sek Menengah Convent ,JB  2007- MRSM Merbok, Kedah  2008- MRSM Muar, Johor Ketahuilah saya bukan lepasan sekolah agama, sekolah arab, tetapi saya masih melakukan kerja-kerja islamik.saya akan share satu ayat di dalam Al-Quran Barang siapa dikehendaki ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam .Dan barang siapa di kehendakiNYA menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit.Demikianlah ALLAH menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Al-Anam: 125 saya higlight statement yang bukan saya tulis.tapi ALLAH yang sampaikan melalui Al-Quran. siapa lah saya nak menidakkan kenyataan tersebut. mungkin orang akan mula bercakap.. "ala kau siapa nak cakap pasal dakwah. kau bukan budak sekolah agama pun&

Sebuah Kemanisan Tarbiyah

Image
Assalamualaikum.Alhamdulilah.Kerana ALLAH masih beri nikmat kemanisan ukhwah keranaNYA. Sejujurnya.. Ramai sangat akhowat yang saya jumpa. kadang-kadang sampai tak ingat nama.terpaksa recall balik program mana pernah jumpa. kenapa saya kata ramai sebab mereka ini masih lagi di di tali ALLAH masih lagi ingin merasa nikmat di tarbiah.masih lagi ingin merasa nikmat berukhwah kerana ALLAH. bersama dengan naqibah aka UMI selama 4 hari sangat bermakna. bermakna dapat solat berjemaah,dapat baca Al-Mathurat bersama.QiYam bersama, saling membicara masalah umat.sharing video,berhujah dan beri pendapat kehajatan pergi ke sibu tidak di rancang.ALLAH permudahkan. rumah terbuka akhowat kak tiyah dan kak cik sangat bermakna sebab jumpa sister fillah kembali. menghadiri majlis yang tidak di sangka-sangka.pertembungan dua perhubungan atas jalan dakwah sangat menarik dan berdebar kan.. mabrok ukhti ***** dan bakal zauj nya..semoga tsabat di jalanNYA. Contoh Qudwah yang terbaik yang ana aka