Posts

Ijazah INI

Image
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Syukur pada Allah. atas nikmat ini. Sungguh banyak nikmat Allah bagi sehingga saya dapat memegang ijazah ini. 5 tahun setengah. 5 tahun itu jugak aku belajar sesuatu bukan sekadar ijazah yang perlu di genggam tetapi mengenal Ad Deen (mengenal kembali siapa pencipta kita) dan islam itu sendiri amat bermakna dari ijazah ini. Moga Ijazah ini bukan untuk diri atau dinding2 perhiasan di rumah. tetapi for UMMAH. Antara Ijazah dan Risalah aku memilih kedua2nya untuk hidup  sebagai abid dan khalifah 2:30 51:56 Lets prepare for Ramadhan Goal

Ar-Rahman Ar Rahim

Sifat Ar Rahman dan Ar Rahim ALLAH.. Lama sangat x menulis.rasa macam bru di ingatkan untuk menulis sesuatu yang boleh memberi kesan kepada manusia yang membaca. Manusia itu sering kali lupa leka alpa dan seangkatan denganNYA. sebab itu lah di beri peringatan dan peringatan untuk kita di ingatkan kenapa hidup kan dunia ini. dan semestinya kita sangat familiar ayat 2:30 dan 51:56. dan kita claim x nak jadi robot.maka kita pun beriman dengan ayat ni. Baru ni ada pergi MABIT (malam membina iman dan taqwa) Terkesan sangat part bila mana seorang ukhti share pasal Ar-Rahman dan Ar-Rahim nya ALLAH. kadang2 persoalkan kenapa eh dulu masa bawak adik2 x pernah share benda ni. Dan ssangat best bila dapat on the right time ALLAH bagi. Allah tau kondisi hambaNYA. Sifat-sifat Allah ada 99 tetapi kita sendiri tak berapa nak faham kan.just baca Asma-Ul-Husna Teringat masa belajar MRSM setiap pagi dibacakan sebelum masuk ke kelas, tetapi bila kenal dnt ni baru rasa Allah tu sangat...

Rabbani

Hati yang sentiasa hidup berhubung dengan Allah.. Mungkin kita lupa . tetapi bila di ingatkan menjadikan kita perlu sesuatu untuk kembali kepada Dia. Hati itu perlu sentiasa dirawat,dipelihara dan dijaga agar ia tetap subur.. Allah. Pemilik Cinta Yang Agung.

Mendidik

Assalamualaikum. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Bersyukur atas nikmatNYA yang tidak terhingga Genap 3 Bulan telah memasuki alam pekerjaan. Hanya Allah je yang tau perasaan apabila kita memasuki alam pekerjaan. Sungguh berbeza sekali. tetapi inilah hakikat yang kita tidak boleh lari dari tugas yang hakiki. Mendidik anak2 syurga ini bukan semudah yang di sangka. ibarat melatih anak merangkak, bertatih dan berjalan. Setiap hari melayan kerenah anak2 ini.walaupun belum ada anak sendiri tetapi bila menatap mereka pasti terbayang bagaimana ibu bapa ini mencorakkan mereka.. sangat penting untuk melahirkan generasi-generasi yang bukan sekadar mengetahui huruf A,B dan C tetapi mencorakkan anak2 ini dengan tarbiah islam yang sebenar. Sangat sedih apabila anak-anak generasi sekarang yang mendekatkan mereka adalah kartun2 inggeris,artis2 menjadi pujaan, lagu2 yang berkumandang di corong radio menjadi hafalan mereka. Sedih memang sedih.. islam itu hanya dijurang-jur...

Infiru

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah Yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah: 41) Alhamdulilah.Nikmat di jalan cinta yang sumpah kool ini membuatkan dakwah itu adalah kehidupan seharian kita. Setiap tingkatan fasa itu masing-masing mempunyai tingkatan ujian.dan Allah sememangnya ingin mengetahui setiap hambaNYA mampu atau tidak untuk melepasi setiap ujian dari DIA. dan di fasa kerja ini sangat mencabar dan x semua orang boleh laluinya dengan mudah. Allah tau dimana kemampuan kita itu.Semakin hebatnya ujian semakin Allah sayangkan hambaNYA sebab hidup kat dunia adalah untuk menjadi abid dan khalifah . ibarat macam kita present yang terbaik pada majikan kita. macam itu jugak bila dengan Allah.pasti kita mahu yang terbaik masa hidup di dunia Moga  ALLAH terima setiap amalan kita.

Kesyumulan islam

Kesyumulan islam Assalamualaikum. Just nak share surah Al Balad ayat ‘sesungguhnya kami jadikan manusia dalam perjuangan yang sukar dan berat.’ Minggu ni tadabur ayat ni rasa sangat terkesan kat hati. Allah cakap Dia jadikan manusia sememangnya untuk merasa susah tuh. Banyaklah benda yang terfikir sepanjang berada di fasa kerja.tidak pernah rasa berehat tuh.berbeza pada zaman belajar.sangatlah banyak masa tuh.. Kalau menurut Syed Quttub dalam tafsir Fi Zilal Syed Quttub menerangkan dengan detail lagi bagaimana proses kejadian manusia sejak sel-sel manusia lagi begitu sukar nya manusia itu untuk terus berjuang. Dan hidup kita ni adalah untuk berjuang. Berjuang untuk mendapatkan makanan,berjuang untuk menuntut ilmu, berjuang untuk memahamkan orang tentang islam, berjuang menyebarkan risalah,berjuang dalam perasaan ingin mencapai impian hidup. Setiap manusia itu mempunyai apa yang diperjuangkan. Sebenarnya post kat atas nak share pasal kesyumulan islam. Sebab b...

Gerabak Kita

Jalan yang panjang Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik. Jalan yang menuntut kau untuk berkorban Jalan yang menuntut masa yang lapang Jalan yang tiada hujungnya dan  hanya apabila kau bertemu dengan Rabb Kejelasan dalam beramal sangat penting untuk kita terus melaju. Puas untuk berada di zon selesa pada waktu belajar Kini Allah menguji di waktu bekerja. Dan sememangnya aku tiada masa untuk perkara yang sia-sia. Dan nekad untuk istiqamah walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun.