Tingkatan Fasa
Tingkatan Fasa
Assalamualaikum.sudah
lama tidak menulis di sini.Aseef jiddan kerana tidak menunaikan hak-hak pembaca
yang sentiasa berkunjung di blog ini.Kadang-kadang terfikir jugak untuk menulis
sesuatu tetapi masa sangat mencemburui saya.
Alhamdulilah.Allah masih
memilih saya untuk berada di saf-saf NYA.tingkatan fasa ni bermaksud sangat
mendalam bagi mereka yang memahami.mungkin masyarakat fikir tingkatan fasa
makin bertambah umur atau tanggungjawab.tetapi hakikatnya saya telah menaiki
satu fasa di mana dari saya belajar kepada bekerja sepenuh masa. Dalam erti
kata lain Fasa Bekerja.
Alhamdulilah.Allah telah
menempatkan saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar iaitu Sekolah
Kebangsaaan Kempas, Johor Bahru. Bertebaran lah kamu di bumi2 Allah untuk
melaksanakan syahadatul Haq.
Secara jujurnya fasa
kerja sangat mencabar bagi para daie. kenapa
saya berkata begitu? Dulu saya tidak mengerti mengapa ada akhowat yang boleh futur
bila sudah kerja? Adakah bebanan kerja di sekolah yang menekan mereka?Adakah
keluarga usrah kini tidak menggembirakan hati mereka apabila bertukar medan?
Kini saya mengerti kenapa
mereka boleh senang2 futur.kerana saya kini mengalaminya dan ternyata bila-bila
masa sahaja boleh menarik diri dari perlumbaan ini.
Baru-baru ni saya
terkesan dengan ayat murobbi pasal berlumba-lumba kamu dalam
kebaikan.fastabiqul khairat.ada seorang ukhti memberitahu saya ‘dia merasakan
dia baru sahaja bermula akan perlumbaan ini’ tetapi bagaimana pula saya? Saya tidak
mampu nak jawab bila tanya di manakah posisi saya sepatutnya.
Allah benar-benar menguji
hambanya yang beriman bila mana dalam surah Al baqarah ayat 214
Adakah patut kamu
menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu
daripada kamu…
Apa penguat kamu?
Sabar dan berpegang teguh
pada tali Allah…
Doakan saya terus tsabat
hingga ke akhirnya..
Comments