Posts

Kesyumulan islam

Kesyumulan islam Assalamualaikum. Just nak share surah Al Balad ayat ‘sesungguhnya kami jadikan manusia dalam perjuangan yang sukar dan berat.’ Minggu ni tadabur ayat ni rasa sangat terkesan kat hati. Allah cakap Dia jadikan manusia sememangnya untuk merasa susah tuh. Banyaklah benda yang terfikir sepanjang berada di fasa kerja.tidak pernah rasa berehat tuh.berbeza pada zaman belajar.sangatlah banyak masa tuh.. Kalau menurut Syed Quttub dalam tafsir Fi Zilal Syed Quttub menerangkan dengan detail lagi bagaimana proses kejadian manusia sejak sel-sel manusia lagi begitu sukar nya manusia itu untuk terus berjuang. Dan hidup kita ni adalah untuk berjuang. Berjuang untuk mendapatkan makanan,berjuang untuk menuntut ilmu, berjuang untuk memahamkan orang tentang islam, berjuang menyebarkan risalah,berjuang dalam perasaan ingin mencapai impian hidup. Setiap manusia itu mempunyai apa yang diperjuangkan. Sebenarnya post kat atas nak share pasal kesyumulan islam. Sebab b...

Gerabak Kita

Jalan yang panjang Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik. Jalan yang menuntut kau untuk berkorban Jalan yang menuntut masa yang lapang Jalan yang tiada hujungnya dan  hanya apabila kau bertemu dengan Rabb Kejelasan dalam beramal sangat penting untuk kita terus melaju. Puas untuk berada di zon selesa pada waktu belajar Kini Allah menguji di waktu bekerja. Dan sememangnya aku tiada masa untuk perkara yang sia-sia. Dan nekad untuk istiqamah walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun.

Tingkatan Fasa

Image
Tingkatan Fasa Assalamualaikum.sudah lama tidak menulis di sini.Aseef jiddan kerana tidak menunaikan hak-hak pembaca yang sentiasa berkunjung di blog ini.Kadang-kadang terfikir jugak untuk menulis sesuatu tetapi masa sangat mencemburui saya. Alhamdulilah.Allah masih memilih saya untuk berada di saf-saf NYA.tingkatan fasa ni bermaksud sangat mendalam bagi mereka yang memahami.mungkin masyarakat fikir tingkatan fasa makin bertambah umur atau tanggungjawab.tetapi hakikatnya saya telah menaiki satu fasa di mana dari saya belajar kepada bekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain Fasa Bekerja. Alhamdulilah.Allah telah menempatkan saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar iaitu Sekolah Kebangsaaan Kempas, Johor Bahru. Bertebaran lah kamu di bumi2 Allah untuk melaksanakan syahadatul Haq. Secara jujurnya fasa kerja sangat  mencabar bagi para daie. kenapa saya berkata begitu? Dulu saya tidak mengerti mengapa ada akhowat yang boleh futur bila sudah kerja? Adakah bebanan...

Musibah Yang Menimpa Rakyat

Image
Berita akhir-akhir ini Musibah yang menimpa baru-baru ini saya turut terkesan dengan apa yang berlaku pada rakan2 yang berada di pantai timur. Sebak bila baca status mereka di dalam group wassap kebanyakkan nya mereka berada di bahagian kelantan dan terengganu menyebabkan jalan2 utama di tutup, sekolah pula dinaiki air hingga ke tingkat 4 ini perkara yang luar biasa berlaku di Malaysia. Namun sebagai umat islam dan saudaranya.apa yang boleh kita buat hanya berdoa dan pastikan mereka selamat dan pergi di pusat-pusat pemindahan yang berdekatan. APG said Banjir besar yang melanda adalah peringatan untuk kita semua; betapa Maha Berkuasanya Allah dan lemahnya kita! Allah Allah! T..T Setiap bencana yang melanda adalah suatu musibah, juga suatu nikmat. Musibah kerana ia merosakkan harta, mengesani orang yang tersayang juga memenatkan emosi. Namun ia juga nikmat kerana andai kita redha dan bersabar dengannya, ia mendekatkan lagi kita denganNya. Moga Allah permudahkan uru...

Post Feveret

Antara post atau blog yang paling saya suka baca Muharikah dan Angel Pakai Gucci Sumpah siapa baca blog mereka ini rasa roh orang2 yang hidup dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan hidup. Antara post2  Kak Muharikah Aka Kak Aishah Terkadang sy pun rasa malas sgt nak berusaha utk dakwah. Namun di saat sy ingin memberikan alasan dan mahu berehat, sy bertanyakan diri saya; Adakah Allah akan memberkati hidup aku dengan kemalasan dan alasan-alasanku ini? Lantas, sy kuatkan semangat dan menolak diri sy untuk beramal. Moga ada keberkatan dan penerimaan amal bagi usahaku yg amat sedikit ini.. ... Bukan mudah nak bawak usrah. Perlukan keikhlasan dan kesabaran luar biasa. Hasilnya tidak akan dapat dinikmati dgn segera. Beruntunglah mereka yang tetap membawa manusia kepada kebenaran, walaupun dia tidak dikenali dan tidak diberikan harta bahkan wang ringgit. Beberapa akhir-akhir ini lah perasaan apabila orang yang lama di dalam tarbiah. walaupun tiap-tiap minggu bawak usrah te...

Menuju Jalan Syurga

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Allah masih beri kesempatan untuk menulis di sini. Dalam seminggu ni, saya telah membaca buku Hati sebening mata air penulis Amru Khalid. Ternyata penulis ini sangat memberi kesan kepada pembaca terutama saya. Banyak penulis yang hebat dalam penulisannya antaranya Hilal Asyraf, Salim Al Fillah, Habiburrahman.. Buku yang mereka hasilkan adalah untuk membangunkan jiwa-jiwa pembaca. sangat menarik dan tak rugi untuk membelinya. Antara sub-sub topik yang telah menarik perhatian pembaca ialah Jalan Menuju Syurga ms 205 (Hati Sebening Air by Amru Khalid) Setiap orang,ingin bahagia, Semua yang dilakukan manusia bertujuan mencapai kebahagian.Jadi, tidak ada seorang yang melakukan sesuatu kecuali untuk tujuan itu. Ada orang menganggap , dengan menyenangkan orang lain kita akan bahagia. Seseorang mencintai sesuatu kerana mempunyai tujuan, melainkan apa yang dihasilkan cinta itu berupa kebahagiaan hati. Bagaimana dengan wang? Kebahagian bukan pad...

Welcome back Amalina

Assalamualaikum. Alhamdulilah, rasa macam lama sangat tak menulis kat blog sendiri. selalu je teringat nak share tetapi ada sahaja halangan terutama bisikan syaitan tu. Status skang ni kalau ditanya jawapannya ialah 'menggangur' maklumlah baru sahaja habis belajar dan menunggu surat posting dan akan berkhidmat untuk kerajaan sampai dipanggil olehNYA. Bersyukur sangat2 kepada Allah ,Allah masih memberi kita peluang untuk menghirup udaraNYA. Balik tempat sendiri banyak perubahan yang berlaku terutama dari segi jalanraya yang semakin membangun, harga barang semakin naik, manusia sentiasa berlumba2 untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara ini. Alhamdulilah meneruskan tarbiah di Johor dan alhamdulilah lebih dekat untuk menyantuni rakan-rakan seperjuangan. Moga Allah redha usaha untuk membantu agama Dia. Tiada yang lebih indah apabila kembali ke pangkuan keluarga.walaupun masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di tempat sendiri. " Aku telah mempersiapkan...