Hidayah Itu Milik ALLAH



Hidayah itu Milik ALLAH.
Tiada siapa yang boleh menafikan apa yang telah ALLAH nyatakan dalam Al-Quran.
"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman." Al-An'am : Ayat 125
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).Al-Anam 87,88

Ayat ALLAH telah menyatakan bahawa Allah akan memberikan hidayah kepada hambaNYA yang membuka hati untuk menerima kebaikan..SubhanALLAH..Hati itu Allah yang pegang..
Saya suka sangat cakap pasal hati..sebab dengan hati yang bersih akan melahirkan peribadi seorang muslim.dan fitrah manusia itu  sememangnya mempunyai fitrah itu.fitrah kearah kebaikan..
Bila hidayah itu menyapa , kita merasakan kita mahu jaga, simpan hidayah itu ketat-ketat,
Tetapi untuk istiqamah perlu MUJAHADAH!.
Mujahadah bukan semudah ABC..MUJAHADAH itu penentu kita adakah kita betul2 buat kerana ALLAH atau kerana benda lain.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu