Posts

Showing posts from December 17, 2014

Menuju Jalan Syurga

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Allah masih beri kesempatan untuk menulis di sini. Dalam seminggu ni, saya telah membaca buku Hati sebening mata air penulis Amru Khalid. Ternyata penulis ini sangat memberi kesan kepada pembaca terutama saya. Banyak penulis yang hebat dalam penulisannya antaranya Hilal Asyraf, Salim Al Fillah, Habiburrahman.. Buku yang mereka hasilkan adalah untuk membangunkan jiwa-jiwa pembaca. sangat menarik dan tak rugi untuk membelinya. Antara sub-sub topik yang telah menarik perhatian pembaca ialah Jalan Menuju Syurga ms 205 (Hati Sebening Air by Amru Khalid) Setiap orang,ingin bahagia, Semua yang dilakukan manusia bertujuan mencapai kebahagian.Jadi, tidak ada seorang yang melakukan sesuatu kecuali untuk tujuan itu. Ada orang menganggap , dengan menyenangkan orang lain kita akan bahagia. Seseorang mencintai sesuatu kerana mempunyai tujuan, melainkan apa yang dihasilkan cinta itu berupa kebahagiaan hati. Bagaimana dengan wang? Kebahagian bukan pad