Posts

Showing posts from 2012

i.n.d.o.n

Assalamualaikum. lama jari yang ALLAH bagi tidak menaip. Alhamdulilah.Allah masih bagi nikmat iman dan islam. dah lama tidak mengupdate blog .mungkin sudah ada habuk2 melekat di tepi2 blog. saya akan menceritakan kisah2 menarik yang sememang ini semua kerja ALLAH yang aturkan.dan kepadaNYA saya kembali. Kerja Part Time Saya telah membuat keputusan untuk bekerja di salah sebuah restaurant yg Maha Busy di Jusco Tebrau selama 3 minggu.seronok dapat berjumpa dengan rakan @staf yang masih bertahan hingga kini.Alhamdulilah rezeki Allah , ada beberapa rakan @staff yg telah di tranfer ke jawatan yg lebih tinggi.sepanjang 3 minggu, banyak benda sy belajar dan manusia2 ini telah memberi saya pengajaran dlm menghadapi dugaan hidup yg kian mencabar.Sya berjumpa dengan mk cik2 yg bekerja di situ, kakak2 yg mesra di sana.Sya menyantuni mereka dengan baik.dan saya senang bersama mereka.Pertemuan demi pertemuan dengan rakan sekolah rendah, menengah, mrsm dan matrik.dan tidak lupa guru

semester 4

Image
pejam celik pejam celik sudah semester ke empat. Ya ALLAH cepat sungguh masa ini berlalu. bermakna saya mempunyai baki 2 tahun untuk berada di bumi tarbiah ini di Sarawak. saya tertanya-tanya dalam hati apa yang saya sudah sumbangkan untuk agama tercinta saya? iaitu ISLAM? sikit sangat kalau nak di bandingkan dengan orang yang sudah lama menyusuri jalan ini. jom kita baca ayat ini saya kena banyak muhasabah kembali tahun ini check balik hubungan dengan ALLAH macam mane? apa perubahan yang patut saya lakukan? Alhamdulilah saya bersyukur sangat kerana ALLAH masih mengurniakan saya iman dan islam dan tidak cukup untuk saya mengislah kan diri i have to do something wif ummah. Alhamdulilah, ada ukhti2 yang sentiasa bersama saya, menasihati saya ke arah kebaikan hanya ALLAH yang membalas jasa antum. kepada mak dan ayah yang sentiasa mendoakan saya. ceh macam ucapan pm berucap pulak. saya kena bersyukur banyak2 ngn apa yang ALLAH bagi kat saya. dan sebagai ham

Bitaufiq Wajannah

Image
Exam.Exam.Exam Peperiksaan yang setiap kali akhir semester yang  kita kena lalui. untuk melayakkan kita untuk menaiki satu lagi anak tangga ke semester seterusnya. Dalam kita menghadapi peperiksaan yang akan datang. Pesan saya dalam kita mengejar pointer jangan kita lupa jaga hubungan kita dengan ALLAH mungkin kalau sebelum-sebelum ni kita sudah terbiasa dengan study last minute. kita boleh melakukan perubahan untuk study plus jaga solat kita, jaga qiam kita, jaga dhuha kita, jaga solat sunat kita, jaga hati kita dari maksiat. sebab apa. supaya kita tidak kufur nikmat. apa guna kalau result gempak tapi solat entah kemana apa guna result gempak tapi masih lagi duk coupling kan bagus kalau result gempak tapi hubungan dengan ALLAH jaga kan lebih OSEM result gempak plus hati jaga supaya tidak melakukan perkara yang melalaikan. supaya kita jelas dengan matlamat 2:30 Allah tahu setiap dari kemampuan hambaNYA berusaha berdoa bertawakal plus jaga hubungan dengan ALL

Berprogram sehingga Lelah

Image
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu. Kata-kata Hassan Al-Banna. terkesan kepada hati. Alhamdulilah Allah masih mengurniakan iman dan islam kepada saya. Alhamdulilah.Alhamdulilah. Sungguh nikmat ALLAH tidak terkira bilangannya,mana mungkin saya dapat membalas dengan sisa hidup yang ALLAH bagi kat dunia. Saya dapat berprogram di Mukah.Berqiyam. sungguh nikmat ukhwah itu terasa apabila saya berjumpa dengan saudara baru. Saudara islam saya. saya berjumpa dengan kak zarina dan kak izzah banyak saya dapat ibrah apabila berjumpa dengan mereka.membuatkan saya insaf. dan bersyukur kerana ALLAH pilih mereka untuk berada di jalan ini. umur mereka lebih tua dari saya. dan saya merasakan hubungan ukhwah itu te

Menghilang kan diri?

Image
salam ukhwah fillah abadan abada.. cuba bayang kan kita sedang memegang tali panjang. tetiba kita lepaskan tali tersebut dengan suka rela.kadang terpaksa. sungguh sedih bila ada rakan yang sama-sama untuk membangun kan islam kecundang di tengah jalan. sunatullah. akan ada yang putuskan tali itu sunatullah akan ada orang baru yang sanggup nak sambung tali yang putus. tetapi kita? macam mana?                                                                         right path doa .doa.doa semoga hidayah islam yang ALLAH bagi tu kita pegang sehingga kita di jemput pulang...

hubungan dengan Allah

Image
banyak-banyak hubungan , hubungan apa yang susah kita nak jaga? erm.. hubungan dengan ibu? ayah? kawan?. kita terlupa satu hubungan yang kita sepatutnya jaga ialah apabila hubungan dengan kekasih Agung kita iaitu Allah. susah kita nak jaga hubungan dengan kekasih kita yang kita tak nampak tapi kita boleh rasa. kita rasa dengan apa? kita rasa dengan keimanan kita pada ALLAH. kita rasa takut dengan kekuasaannya kita percaya hanya Dia berhak mematikan dan menghidupkan semula kita. tapi kita bagaimana? masih tidak percaya kan ALLAH? masih kufur pada nikmat yang di berikanNYA? sungguh kalau kita hitung nikmat satu-satu kita x mampu nak balas dengan amalan-amalan kita Solatnya,puasanya,zakatnya,hajinya. cukupkah ? Saya cukup kagum dengan orang tidak pernah lelah berdakwah sepanjang masa mereka mentarbiah hati-hati manusia di luar sana. sedangkan saya masih di atas katil menulis... saya teringin menjadi seperti mereka. 24 jam hanya fikirkan dakwah dan tarbiah. sebab s

seminar wanita Ikram

Image
Alhamdulilah selesai sudah seminar wanita ikram di paramount Hotel ,sibu. dapat mesej dari naqibah meminta anak usrah datang ke pejabat ikram untuk mendengar sharing dari Dr Hafidzah dan suaminya seorang ikhwah Akhi Rahimie mujahadah kerana selepas menduduki peperiksaan UAK kami bergegas ke sibu untuk mendengar sharing. dalam perjalanan semoga ALLAH permudahkan urusan kami. paling mengharukan ialah apabila saya makan setalam dengan Dr. Hafidzah. taaruf sungguh rasa diri ini kerdil berada di samping orang yang hebat. malam tersebut, Allah mentakdirkan saya dan seorang ukhti untuk menemani umi ke Hotel rehearseal untuk program esok .sungguh ini semua perancangan ALLAH berjumpa kembali dengan Umi Balqish untuk yang ke tiga kali.di lantik oleh naqibah untuk menjadi bahagian protokol antara orang terpenting untuk memastikan program berjalan dengan lancar. berkerja dengan mereka masih terasa diri ini tidak layak berada berbincang untuk gerak kerja. sangat serius dalam kerj

Hidayah menyapa lagi

Air mata saya jatuh lagi untuk yang ke berapa kali.. saya tanya pada diri. adakah ini yang ALLAH bagi untuk sekian lamanya saya doa kepada mereka. Oh sungguh hidayah itu milikMU. siapa lah saya? hanya hamba yang sentiasa mengharapkan ALLAH itu bagi hidayah kepada hambaNYA supaya kembali kepadaNYA..   "setiap yang bernyawa akan pasti merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami"  (21: 35) Beruntung kerana ALLAH memilih kamu Beruntung kerana ALLAH sayang kamu Beruntung kerana ALLAH ingatkan kamu dalam berjuta-juta manusia dalam berbilian-bilian manusia ALLAH pilih kamu.. sungguh ALLAH itu Maha Berkuasa. sepanjang hari ini saya banyak diam saya banyak berfikir saya banyak bersyukur atas nikmat hidayah yang Engkau beri Ya ALLAH aku sayang hamba ini seperti mana Engkau sayang akan hambaMu semoga dia terus istiqamah dan mempunyai kekuatan untuk terus berubah.. sunggu

Rezeki itu milik ALLAH

Image
Sebelum ditarbiyah berangan-angan nak miliki sesuatu tapi matlamat tak jelas, fikiran sangat sempit. Oh dunia! :) 1) Rumah  2) Kereta  3) Handphone canggih 4) Suami kacak 5) Duit banyak  Selepas ditarbiyah dan serius dengan dakwah, fikiran jadi lebih besar dan matlamat lebih jelas. Semua yang disebut di atas mahu dimiliki agar bermanfaat untuk dakwah.  1) Rumah (terfikir perlunya ada rumah yang besar supaya dapat buat program) 2) Kereta (perlunya kereta yang besar supaya dapat isi ramai2 ke program) 3) Handphone canggih (sesuai dengan keadaan semasa bagi melancarkan lagi pgurusan dakwah- Android(InsyaAllah) ) 4) Suami (kacak bukan lagi kriterianya. Tapi sangat memerlukan suami yang sama2 berada di jalan dakwah supaya boleh fikir dakwah sama-sama) 5) Duit banyak (supaya dapat banyak infaq untuk dakwah) Moga kita dimurahkan rezeki agar apa yang kita ada dapat disumbangkan demi dakwah ini! apa pendapat pembaca jika terbaca kata-kata seperti ini. bukan mudah buka

Erti Hidup pada memberi

Image
Memaknai kehidupan dengan melakukan perkara kebaikan. Memaknai perjuangan dengan melakukan pergorbanan Memaknai kesakitan dengan mensyukuri nikmat Tuhan. Alhamdulilah ALLAH masih lagi beri kita  hidayah  makanan  harta benda  pekerjaan kekuatan untuk melakukan tugas Khalifah ini. semoga ALLAH masih menerima amalan-amalan kita yang kita sendiri tidak tahu amalan yang manakah yang melayakkan diri kita benar-benar bertaqwa di sisi ALLAH.. Wallahualam.

Sharing dari Akhi Satria

Kurangkn mengeluh Bersyukur dgn mghadirkn diri Segala apa yg kita ada kita harus syukuri. Stop drp berangan2 dan mlampaui dlm meminta2 Lihat para shbt,hdup atas apa yg ada dan bertindak atasnya Pengalaman tarbiah Tarbiah mgenalkn kita kpd Allah Keterikatan yg lbh kuat dgn Allah Kita mgenal para anbia,shbt Kita knl Allah,anbia mka kita tahu bgaimana kita berjln dlm khdpn Tahu dan merasai adlh benda yg berbeza Org yg tahu sifat Allah mka seluruh hdpnya dia bgantung pd Allah Bl kita berdua yg ke3 adlh Allah. Org beriman akn merasakn bhwa Allah sntiasa ada d sisinya Jika kita tahu bhwa Allah mlihat,kita tidak akn kecewa Surah an nas; mujahadah berterusan utk melawan syaitan krn tahu bhwa Allah ada dan syaitan takut akan Allah Sblm kita berperanan kita knl Allah swt barulah dia dpt berperanan dgn benar akhlak yg baik timbul dr hati yg ikhlas Kita blh bersemangat ttp x blh kekal dgn smgat. Bgaimana nk maintain smgt? keikhlasan dr hati Tarbiah Semulajadi Medan K

Hati

Hati-hati teman.... "Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.”  jengah-jengah status .tiba-tiba saya terbaca status ni.  memang kena lah dengan sharing saya pasal hati. saya selalu sangat share pasal hati, sebab apa dlam hadith ke 16- "apabila hati itu baik, maka baiklah segala anggotanya dan apabila hati itu rosak maka rosaklah segala anggota " bila mana saya share pasal hati saya memang tak da hati. bukan maksud saya ni tidak berperikemanusiaan tapi sememangnya saya perlu kuat hati kenapa kena kuat hati? sebab

mengemis kasih dri NYA

Image
Tuhan, dosaku menggunung tinggi tapi RahmatMU melangit luas Harga selautan syukurku Hanya lah setitis nikmatMU di bumi. setitis air mata jatuh apabila menghayati lirik ini. sungguh. manusia ni banyak sangat dosa dengan Tuhan tapi rahmatNYA sangat banyak seluas langit. 3 hari perjalanan ke Kuala Lumpur cukup memberi makna kepada saya kerana tujuan saya pergi ke sana adalah kerana berprogram. tapi sungguh tarbiah saya bukan pada pengisian tapi sepanjang perjalanan saya ke sana. kalau saya cerita satu persatu kejadian. pasti orang lain yg mendengar nya seakan tidak percaya pasti mereka mengatakan kerja gila heh.. pasti ALLAH akan tarbiah setiap hambanya sorang demi sorang. harus melawan perasaan itu.. dan ujian dari ALLAH benar-benar menguji kami berlima. 3 hari pemergian kami ke semenanjung benar-benar mendapat tarbiah direct dari ALLAH saya, dan usrahmate yang lain berjaulah dari lcct-upm serdang, rumah akhowat jannah, sek serdang, ibooks,setiawangsa, gombak,

Ukhti yang ku sayang

Image
                                                                         ukhti-ukhti fillah Salam ukhwah khas buat ukhti-ukhti yang saya sayangi   sungguh tarbiah perlukan pengorbanan. pengorbanan apa? pengorbanan hati. kita biasa dengar tentang pergorbanan tentang masa, harta,wang ringgit. saya nak quote satu ayat saya jumpa kat blog ni marilah kita renung kata-kata Imam Hasan Al-Banna : “Dakwah ini tidak mengenal sikap lemah. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penyerahan sepenuhnya. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia mesti hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah swt akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban dakwah ini.. pergorbanan hati ni terlalu banyak yang kita boleh terjemahkan.. tapi saya tak nak cerita pasal hati. saya in

Muktamar Mahasisiwa Tarbawi Sarawak

Image
masih teringat status seorang hamba ALLAH ni hidup bukan untuk suka-suka tapi perjuangan untuk meraih redhaNya malanglah jika kita tidak nampak akan tujuan dan matlamat sebenar kehidupan manusia samalah kita seperti penyapu yang digunakan untuk dijadikan kayu hoki la  dari fungsi asalya bermakna sudah bertentangan dengan fitrahnya di jalan ini ada redha dan syurgaNya maka mengapa harus memilih sebaliknya? Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Surah Yusuf:108] tarbiah itu bukan hanya kamu cakap-cakap sahaja tarbiah itu bukan hanya kamu berangan-angan sahaja tarbiah itu bukan hanya kamu duduk duduk sahaja. tapi tarbiah itu memerlukan kamu untuk bergerak.. bergerak semampu yang mungkin. Alhamdulilah. kerana ALLAH masih lagi memilih saya untuk berada di jalanNYA. saya akan share beberapa perkara me