Posts

Showing posts from 2014

Musibah Yang Menimpa Rakyat

Image
Berita akhir-akhir ini Musibah yang menimpa baru-baru ini saya turut terkesan dengan apa yang berlaku pada rakan2 yang berada di pantai timur. Sebak bila baca status mereka di dalam group wassap kebanyakkan nya mereka berada di bahagian kelantan dan terengganu menyebabkan jalan2 utama di tutup, sekolah pula dinaiki air hingga ke tingkat 4 ini perkara yang luar biasa berlaku di Malaysia. Namun sebagai umat islam dan saudaranya.apa yang boleh kita buat hanya berdoa dan pastikan mereka selamat dan pergi di pusat-pusat pemindahan yang berdekatan. APG said Banjir besar yang melanda adalah peringatan untuk kita semua; betapa Maha Berkuasanya Allah dan lemahnya kita! Allah Allah! T..T Setiap bencana yang melanda adalah suatu musibah, juga suatu nikmat. Musibah kerana ia merosakkan harta, mengesani orang yang tersayang juga memenatkan emosi. Namun ia juga nikmat kerana andai kita redha dan bersabar dengannya, ia mendekatkan lagi kita denganNya. Moga Allah permudahkan uru

Post Feveret

Antara post atau blog yang paling saya suka baca Muharikah dan Angel Pakai Gucci Sumpah siapa baca blog mereka ini rasa roh orang2 yang hidup dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan hidup. Antara post2  Kak Muharikah Aka Kak Aishah Terkadang sy pun rasa malas sgt nak berusaha utk dakwah. Namun di saat sy ingin memberikan alasan dan mahu berehat, sy bertanyakan diri saya; Adakah Allah akan memberkati hidup aku dengan kemalasan dan alasan-alasanku ini? Lantas, sy kuatkan semangat dan menolak diri sy untuk beramal. Moga ada keberkatan dan penerimaan amal bagi usahaku yg amat sedikit ini.. ... Bukan mudah nak bawak usrah. Perlukan keikhlasan dan kesabaran luar biasa. Hasilnya tidak akan dapat dinikmati dgn segera. Beruntunglah mereka yang tetap membawa manusia kepada kebenaran, walaupun dia tidak dikenali dan tidak diberikan harta bahkan wang ringgit. Beberapa akhir-akhir ini lah perasaan apabila orang yang lama di dalam tarbiah. walaupun tiap-tiap minggu bawak usrah tetapi

Menuju Jalan Syurga

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Allah masih beri kesempatan untuk menulis di sini. Dalam seminggu ni, saya telah membaca buku Hati sebening mata air penulis Amru Khalid. Ternyata penulis ini sangat memberi kesan kepada pembaca terutama saya. Banyak penulis yang hebat dalam penulisannya antaranya Hilal Asyraf, Salim Al Fillah, Habiburrahman.. Buku yang mereka hasilkan adalah untuk membangunkan jiwa-jiwa pembaca. sangat menarik dan tak rugi untuk membelinya. Antara sub-sub topik yang telah menarik perhatian pembaca ialah Jalan Menuju Syurga ms 205 (Hati Sebening Air by Amru Khalid) Setiap orang,ingin bahagia, Semua yang dilakukan manusia bertujuan mencapai kebahagian.Jadi, tidak ada seorang yang melakukan sesuatu kecuali untuk tujuan itu. Ada orang menganggap , dengan menyenangkan orang lain kita akan bahagia. Seseorang mencintai sesuatu kerana mempunyai tujuan, melainkan apa yang dihasilkan cinta itu berupa kebahagiaan hati. Bagaimana dengan wang? Kebahagian bukan pad

Welcome back Amalina

Assalamualaikum. Alhamdulilah, rasa macam lama sangat tak menulis kat blog sendiri. selalu je teringat nak share tetapi ada sahaja halangan terutama bisikan syaitan tu. Status skang ni kalau ditanya jawapannya ialah 'menggangur' maklumlah baru sahaja habis belajar dan menunggu surat posting dan akan berkhidmat untuk kerajaan sampai dipanggil olehNYA. Bersyukur sangat2 kepada Allah ,Allah masih memberi kita peluang untuk menghirup udaraNYA. Balik tempat sendiri banyak perubahan yang berlaku terutama dari segi jalanraya yang semakin membangun, harga barang semakin naik, manusia sentiasa berlumba2 untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara ini. Alhamdulilah meneruskan tarbiah di Johor dan alhamdulilah lebih dekat untuk menyantuni rakan-rakan seperjuangan. Moga Allah redha usaha untuk membantu agama Dia. Tiada yang lebih indah apabila kembali ke pangkuan keluarga.walaupun masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di tempat sendiri. " Aku telah mempersiapkan

permata yang hilang

Assalamualaikum. Rasa macam lama sangat tak tulis kat blog.selalu je scroll blog-blog orang untuk dapat inspire tulis.tetapi x jumpa jugak. Allah juga yang menggerakkan hati kita untuk menulis. Tajuk entry berlaku recently.. Apa perasaan kita bila benda yang kita sayang hilang atau dicuri orang?.mesti kita rasa sedih kan.lagi-lagi orang yang rapat ngn kita yang ada hubungan darah dengan kita. Begitu jugak bila seseorang meninggalkan jalan untuk mencari redhaNYA.ibarat permata islam yang hilang. Sedih .sangat sedih.bila dapat tau ada akhowat yang tak nak join tarbiah, disebokkan dengan kerja hingga terus hanyut. Bila diselidik ,diri rasa di push atau ditekan oleh someone. (Muhasabah untuk muroobi). Sebenarnya pernah je rasa macam tu.tetapi hati kita juga akan rasa bolak balik. Kalau rasa kita berat better kita cari jalan yang boleh selamatkan iman kita. At least ziarah or jalan2 ngn akhowat.insyallah at least kita x rasa jauh dari biah solehah tuh.. Biar kita rasa b

Inspektor Gadjet

Image
Gadjet Membunuh ku. Kesedaran itu datang kembali. itulah manusia yang sering lupa ,leka,lalai,dan ego. Allah mengetuk pintu-pintu hati untuk ingat padaNYA. Orang yang BERJAYA ialah orang yang dipilih oleh Allah. Berjaya dalam hidup? Berjaya dalam mengejar cita-cita?  Berjaya dalam mengenal Pencipta?. Hidup kita yang ALLAH bagi 24 jam tetapi rasa macam  useless  bila kita habiskan masa  24 jam kita guna untuk Gadjet kita. Xkira la handphone kita ke  tab kita ke. Serius.... Rasa tension sangat kat diri sendiri sebab Gadjet telah membunuhku. Lebih sedih bila sebelum tido kita pegang Gadjet kita dan lepas bangun tido kita pegang  jugak. Kan bagus kalau sebelum tido baca Al quran dan selepas bangun tido masih boleh baca  Al mathurat. Useless.......... Cakap untuk diri sendiri. Macam kena tampar sendiri kan. Solution......... Meet many people . amek ibrah dari setiap apa yang Allah hadirkan . Perasaan

Tanda kematian itu semakin dekat

Image
Jazakillah yang sentiasa mendoakan diri ini mak, abah, adik , usrahmate , akhowat ,classmate, ex classmate, semua yang baca post ini. Genap 23 Tahun tanggal 21 Ogos 2014.Alhamdulilah.Allah masih hidupkan kita. Semakin dekat dengan kematian,semakin bertambah iman dan taqwa. semoga bahagia di dunia dan di akhirat terus kekal di jalan DnT semoga menjadi hamba yang patuh pada Penciptannya semoga menjadi anak yang solehah,ibu mithali,isteri solehah dan seorang guru yang bertanggungjawab semoga bertemu jodoh yang bersama bergerak laju di gerabak dakwah ini semoga bertemu di syurga kelak Amin Ya Rabb.. deep.T.T

Baitul Muslim

Image
Baitul Muslim Sudah tiba.Cuti sekolah bermula dan semestinya cuti dipenuhi dengan memenuhi jemputan walimah saudara,sepupu,sahabat,classmate,jiran,dan seangkatannya. Tahniah. Barakallahuma. Mabrook. Kepada yang bergelar status dari cik ke puan. Kepada yang bersedia untuk memikul tanggungjawab sebenar. Alhamdulilah Allah masih memilih kita untuk menyempurnakan sebahagian agama Dia. Reminder for Daie: Pesanan saya untuk mereka yang bakal menaiki tangga kedua: Jangan lupa untuk bersederhana dalam berbelanja. Semoga Allah memberkati pernikahan kita untuk mencapai maratillah. Jika belum ketemu pasangan,berdoalah moga Allah mempermudahkan urusan tersebut. Jika tidak di dunia , insyallah di syurgaNYA. Ps: doakan saya jugak.