Posts

Showing posts from 2015

2.0.1.5

Muhasabah 2.0.1.5 Manusia itu datang dan pergi. Sejauh mana kita mampu untuk berubah dan mengubah keadaan sekeliling. kita manusia, iman naik turun,ketika iman turun, semua benda jahiliah kita nak pulun. Namun kita sentiasa ada harapan.Kita sentiasa ada pilihan.Terpulang kepada diri kita sama ada pilih kekal jahiliah ataupun menuju Jannah. hanya beberapa hari sahaja bakal menutup tahun 2015. Alhamdulilah Allah masih memilih untuk melaksanakan abid dan khalifah di atas muka bumi Dia. Tahun pertama bekerja merupakan satu ribu cabaran yang datang dikala diri ini masih ingin menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Emosi,fizikal hati dan jasad sangat memerlukan tarbiah tatkala jiwa kekosongan dan disibukkan dengan perkara duniawi. di saat orang lain kelemasan masih perlu ada jiwa yang perlu di isi dengan cahaya keimanan dan cahaya kebenaran Dihujung akhir tahun Allah menguji dengan perasaan ingin berpasangan dan sememangnya perasaan itu perlu dikawal agar tidak melampaui batas se

Tarbiah itu kehidupan

Assalamualaikum. Alhamdulilah semakin hampir dengan penghujung tahun. Ujian dan ujian terus datang. Teringat awal posting pun sering menulis tentang diri dan tarbiah. hakikatnya tarbiah itu kehidupan. Bagaimana tarbiah itu kehidupan? bila faham matlamat hidup. matlamat hidup apa tu? bila manusia itu tahu kemana dia akan pergi selepas dia hidup dekat dunia. Perjalanan ini masih jauh. Andai perjalanan ku ini terhenti ketika ini maka tugasku di dunia sudah selesai. tugas apa? tugas abid dan khalifah. 2:30 51:56

Catatan Seorang Akhowat

Kalau dulu Mad'u atau mutarabbi kerana akhirnya AKHOWAT itu seorang manusia.. Apabila seorang itu bergelar akhowat maka dakwah dan tarbiah menjadi rutinnya. Apabila seorang itu bergelar akhowat maka masa nya dikorbankan untuk usrah dan anak binaannya. Apabila seorang itu bergelar akhowat maka hubungan dengan Allah perlu dijaganya. Apabila seorang itu bergelar akhowat maka hidupnya banyak memikirkan ummah berbanding dirinya. Apabila seorang itu bergelar akhowat maka dia perlu menjadi individu muslim dalam erti kata sebenar. Apabila seorang tu bergelar akhowat maka tidurnya hanya memikirkan masalah ummah. Namun begitu disebalik seorang perempuan yang bergelar akhowat. Akhowat itu sering kuat kadang lemah Akhowat itu sering gembira kadang sedih Akhowat itu sering tabah kadang layu Akhowat itu sering ok kadang tidak ok. Hidupnya bukan hanya untuk menyantuni family n zauj n anak-anak tetapi tuntutan Allah dan Rasul itu lebih mendahului dari segalanya Sirah telah me

FEELING

Assalamualaikum. Rasa lama x menulis yang status tentang diri. Selalu je scroll blog orang untuk mendapatkan motivation dalam jalan ini. Selalu je terinspire dengan cerita2 akhowat yang travel berjam-jam untuk usrah semata-mata. Travel berjam-jam nak pergi tajmik sahaja. Terfikirlah sepanjang aku berada di jalan ini apa yang aku dah buat? adakah sekadar cukup dengan usrah sendiri dan usrah adik. Hurm. Ahamdulilah sangat-sangat Allah hantar murobbi yang sangat tepat dan Allah tahu keperluan kita ketika itu. Teringat bila share tentang struggle semua orang n bila turn sendiri memang sebenarnya sangat struggle dengan orang-orang yang kita sayang. bila share ngn murobbi 'xpenting berapa lama kita kat jalan ni tapi sejauh mana lah kita dah faham untuk terus berbuat sebab at the end memang amal tu je yang akan membuktikan kita dah betul2 buat sehabis baik' Hurm...then banyak benda yang x settle sebenarnya. x settle dari segi perasaan emosi dan bahan. Bila lama nya tarb

Puisi Hujan

Puisi hujan ini telah dinukilkan oleh seorang perempuan dari Indonesia. Puisi ini jugak menjadi kegilaan akhowat apabila mereka suka menghayati bait2 puisi ini di dalam setiap bulatan cinta Allah. Puisi orang-orang dewasa itu aneh mereka bilang suka hujan tapi selalu berlindung di sebalik payung berlindung di bawah atap bah kan beberapa dari mereka memaki apabila baju mereka basah mereka tidak benar benar menyukai hanya di mulut sahaja tindakan nya tidak namun hujan akan tetap turun wlupon di sambut org2 yg menyesali dan tidak menyukai kehadiran nya hujan akan tetap turun untuk orang-orang yg merindui kehadiran nya untuk tanaman dan binatang yang memerlukan nya belajar lah dari hujan tidak perlukan membazirkan fikiran dan hati memikirkan org2 yg tidak menyukai kita lebih baik corakkan hati dan fikiran untuk orang-orang yang menghargai kehadiran,mencintai dan menunggu nunggu kita mesti pon jumlahnya tidak banyak tapi itu membuatkan hidupmu jauh lebih baik kita ti

Catatan Seorang Mad'u

Catatan Seorang Daie dan Mutarabbi. Hasil nukilan sendiri yang setelah beberapa tahun ditarbiah dan insyallah meneruskan tarbiah. BUAT MUROBBI Terima kasih wahai murobbi Terima kasih yang sangat sangat terhingga untuk murobbi yang tidak tidur lena memikirkan mutarabbinya. terima kasih murobbi kerana sentiasa mendoakan kita sentiasa tsabat . terima kasih wahai murobbi yang begitu faham kehendak mutarabbinya. Murobbi yang sanggup mendengar setiap keluhan dan permintaan anak2 usrahnya. Yang tidak jemu memberi taujihat di dalam usrah yang dibawanya. yang tidak jemu bertanya keadaan iman anak usrah binaannya. yang sentiasa mengingatkan kita tentang tugas hakiki di atas muka bumi ini. Walaupun kita selalu x ambil kisah akan setiap nasihat nya. Walaupun kita sering rebel dalam erti kata hati kita.lebihkan nafsu berbanding dari Al Hawa. Selalu rasa diri nak futur atas sebab2 dunia tetapi bila terkenangkan setiap murobbi yang hadir datang dan pergi membuatkan diri masih ada yang

Kemerdekaan yang sebenar

Kemerdekaan yang sebenar bila mana... kita mampu untuk tinggalkan jahiliyyah. kita MERDEKA bila mane kita jauh dari tarikan-tarikan dunia. kita MERDEKA bila mana kita tidak dibelenggu nafsu diri. Walaupun kita MERDEKAta tetap menjadi hambaNYA. Meskipun MERDEKA, kita masih terikat dengan syariat islam dan kita hanya akan benar-benar MERDEKA bila mane kita berjaya meraih cintaNYA dan masuk syurga. Sudahkah kita MERDEKA?

Kembali Mencari Diri

Assalamulaikum. lama sangat x menulis..Alhamdulilah Allah masih memberi nikmat untuk berada di jalanNYA. How strugglenya melihat akhowat lain maka tereflek pada diri sejauh mana kita dah berbuat. Baru-baru ni ada adik kat sarawak kontek balik .sejujurnya rindu pada sentuhan pertama di sapa tarbiah. rindu orang-orangnya.meninggalkan bekas2sentuhan tarbiah benar2 membuat kan hati meronta2 ingin terbang ke sana. dan sentiasa mempersoalkan kenapa? kenapa? dan kenapa?.sungguh rindu teringat sirah bagaimana sahabat merindui mekah (kampung halaman mereka) selama 10 tahun tidak berjumpa dengan keluarga akibat boikot dan arahan Nabi Muhammad ketika itu (tolong betulkan jika saya salah) begitu jugak saya yang merindui kampung halaman .. Masa yang ada selalu scroll blog akhowat atau tengok status fb mereka terkesan sangat if you do it without knowing why,awak akan PENAT. but if you know what you are doing, awak akan TSABAT. perkataan TSABAT tu membawa makna besar pada diri akhowat b

Madrasah Ramadhan

Image
ASSALAMUALAIKUM   Allah masih hidupkan kita sehingga saat kita untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini. Moga Allah tetap menghidupkan hati-hati kita pada bulan ramadhan kali ini. 10 hari kita telah berpuasa.moga momentum kita sentiasa istiqamah hingga ke akhir madrasah selama sebulan ni. Kita sangat familiar dengan ayat Al quran tentang puasa 2: 183 'Wahai orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu untuk berpuasa bagi mencapai TAQWA.' The purpose Allah mention untuk mereka yang tahu dan faham kenapa mereka berpuasa. Dan apabila kita sebut TAQWA hanya kita dengan Allah sahaja tahu betapa TAQWA kah kita sepanjang madrasah selama sebulan ni. Dan sebulan ni lah Allah memberi banyak sangat nikmat kita dari kita start puasa sampailah berbuka. Moga kita sama2 mengejar ganjaran2 yang ALLAH nak bagi sepanjang madrasah selama sebulan ni. Ni panduan yang boleh kita follow untuk kita lebih OSEM dan COOL di bulan ramadhan.

Ijazah INI

Image
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Syukur pada Allah. atas nikmat ini. Sungguh banyak nikmat Allah bagi sehingga saya dapat memegang ijazah ini. 5 tahun setengah. 5 tahun itu jugak aku belajar sesuatu bukan sekadar ijazah yang perlu di genggam tetapi mengenal Ad Deen (mengenal kembali siapa pencipta kita) dan islam itu sendiri amat bermakna dari ijazah ini. Moga Ijazah ini bukan untuk diri atau dinding2 perhiasan di rumah. tetapi for UMMAH. Antara Ijazah dan Risalah aku memilih kedua2nya untuk hidup  sebagai abid dan khalifah 2:30 51:56 Lets prepare for Ramadhan Goal

Ar-Rahman Ar Rahim

Sifat Ar Rahman dan Ar Rahim ALLAH.. Lama sangat x menulis.rasa macam bru di ingatkan untuk menulis sesuatu yang boleh memberi kesan kepada manusia yang membaca. Manusia itu sering kali lupa leka alpa dan seangkatan denganNYA. sebab itu lah di beri peringatan dan peringatan untuk kita di ingatkan kenapa hidup kan dunia ini. dan semestinya kita sangat familiar ayat 2:30 dan 51:56. dan kita claim x nak jadi robot.maka kita pun beriman dengan ayat ni. Baru ni ada pergi MABIT (malam membina iman dan taqwa) Terkesan sangat part bila mana seorang ukhti share pasal Ar-Rahman dan Ar-Rahim nya ALLAH. kadang2 persoalkan kenapa eh dulu masa bawak adik2 x pernah share benda ni. Dan ssangat best bila dapat on the right time ALLAH bagi. Allah tau kondisi hambaNYA. Sifat-sifat Allah ada 99 tetapi kita sendiri tak berapa nak faham kan.just baca Asma-Ul-Husna Teringat masa belajar MRSM setiap pagi dibacakan sebelum masuk ke kelas, tetapi bila kenal dnt ni baru rasa Allah tu sangat

Rabbani

Hati yang sentiasa hidup berhubung dengan Allah.. Mungkin kita lupa . tetapi bila di ingatkan menjadikan kita perlu sesuatu untuk kembali kepada Dia. Hati itu perlu sentiasa dirawat,dipelihara dan dijaga agar ia tetap subur.. Allah. Pemilik Cinta Yang Agung.

Mendidik

Assalamualaikum. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Bersyukur atas nikmatNYA yang tidak terhingga Genap 3 Bulan telah memasuki alam pekerjaan. Hanya Allah je yang tau perasaan apabila kita memasuki alam pekerjaan. Sungguh berbeza sekali. tetapi inilah hakikat yang kita tidak boleh lari dari tugas yang hakiki. Mendidik anak2 syurga ini bukan semudah yang di sangka. ibarat melatih anak merangkak, bertatih dan berjalan. Setiap hari melayan kerenah anak2 ini.walaupun belum ada anak sendiri tetapi bila menatap mereka pasti terbayang bagaimana ibu bapa ini mencorakkan mereka.. sangat penting untuk melahirkan generasi-generasi yang bukan sekadar mengetahui huruf A,B dan C tetapi mencorakkan anak2 ini dengan tarbiah islam yang sebenar. Sangat sedih apabila anak-anak generasi sekarang yang mendekatkan mereka adalah kartun2 inggeris,artis2 menjadi pujaan, lagu2 yang berkumandang di corong radio menjadi hafalan mereka. Sedih memang sedih.. islam itu hanya dijurang-jur

Infiru

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah Yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah: 41) Alhamdulilah.Nikmat di jalan cinta yang sumpah kool ini membuatkan dakwah itu adalah kehidupan seharian kita. Setiap tingkatan fasa itu masing-masing mempunyai tingkatan ujian.dan Allah sememangnya ingin mengetahui setiap hambaNYA mampu atau tidak untuk melepasi setiap ujian dari DIA. dan di fasa kerja ini sangat mencabar dan x semua orang boleh laluinya dengan mudah. Allah tau dimana kemampuan kita itu.Semakin hebatnya ujian semakin Allah sayangkan hambaNYA sebab hidup kat dunia adalah untuk menjadi abid dan khalifah . ibarat macam kita present yang terbaik pada majikan kita. macam itu jugak bila dengan Allah.pasti kita mahu yang terbaik masa hidup di dunia Moga  ALLAH terima setiap amalan kita.

Kesyumulan islam

Kesyumulan islam Assalamualaikum. Just nak share surah Al Balad ayat ‘sesungguhnya kami jadikan manusia dalam perjuangan yang sukar dan berat.’ Minggu ni tadabur ayat ni rasa sangat terkesan kat hati. Allah cakap Dia jadikan manusia sememangnya untuk merasa susah tuh. Banyaklah benda yang terfikir sepanjang berada di fasa kerja.tidak pernah rasa berehat tuh.berbeza pada zaman belajar.sangatlah banyak masa tuh.. Kalau menurut Syed Quttub dalam tafsir Fi Zilal Syed Quttub menerangkan dengan detail lagi bagaimana proses kejadian manusia sejak sel-sel manusia lagi begitu sukar nya manusia itu untuk terus berjuang. Dan hidup kita ni adalah untuk berjuang. Berjuang untuk mendapatkan makanan,berjuang untuk menuntut ilmu, berjuang untuk memahamkan orang tentang islam, berjuang menyebarkan risalah,berjuang dalam perasaan ingin mencapai impian hidup. Setiap manusia itu mempunyai apa yang diperjuangkan. Sebenarnya post kat atas nak share pasal kesyumulan islam. Sebab b

Gerabak Kita

Jalan yang panjang Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik. Jalan yang menuntut kau untuk berkorban Jalan yang menuntut masa yang lapang Jalan yang tiada hujungnya dan  hanya apabila kau bertemu dengan Rabb Kejelasan dalam beramal sangat penting untuk kita terus melaju. Puas untuk berada di zon selesa pada waktu belajar Kini Allah menguji di waktu bekerja. Dan sememangnya aku tiada masa untuk perkara yang sia-sia. Dan nekad untuk istiqamah walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun.

Tingkatan Fasa

Image
Tingkatan Fasa Assalamualaikum.sudah lama tidak menulis di sini.Aseef jiddan kerana tidak menunaikan hak-hak pembaca yang sentiasa berkunjung di blog ini.Kadang-kadang terfikir jugak untuk menulis sesuatu tetapi masa sangat mencemburui saya. Alhamdulilah.Allah masih memilih saya untuk berada di saf-saf NYA.tingkatan fasa ni bermaksud sangat mendalam bagi mereka yang memahami.mungkin masyarakat fikir tingkatan fasa makin bertambah umur atau tanggungjawab.tetapi hakikatnya saya telah menaiki satu fasa di mana dari saya belajar kepada bekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain Fasa Bekerja. Alhamdulilah.Allah telah menempatkan saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar iaitu Sekolah Kebangsaaan Kempas, Johor Bahru. Bertebaran lah kamu di bumi2 Allah untuk melaksanakan syahadatul Haq. Secara jujurnya fasa kerja sangat  mencabar bagi para daie. kenapa saya berkata begitu? Dulu saya tidak mengerti mengapa ada akhowat yang boleh futur bila sudah kerja? Adakah bebanan ker