Posts

Showing posts from February, 2015

Gerabak Kita

Jalan yang panjang Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah: “Inilah jalanku, aku seru kepada Allah dengan basirah (pandangan yang jelas), dan (demikian juga) orang yang mengikuti daku. Dan Subhana’llah (Maha Suci Allah)! Dan aku bukan daripada golongan yang musyrik. Jalan yang menuntut kau untuk berkorban Jalan yang menuntut masa yang lapang Jalan yang tiada hujungnya dan  hanya apabila kau bertemu dengan Rabb Kejelasan dalam beramal sangat penting untuk kita terus melaju. Puas untuk berada di zon selesa pada waktu belajar Kini Allah menguji di waktu bekerja. Dan sememangnya aku tiada masa untuk perkara yang sia-sia. Dan nekad untuk istiqamah walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun.

Tingkatan Fasa

Image
Tingkatan Fasa Assalamualaikum.sudah lama tidak menulis di sini.Aseef jiddan kerana tidak menunaikan hak-hak pembaca yang sentiasa berkunjung di blog ini.Kadang-kadang terfikir jugak untuk menulis sesuatu tetapi masa sangat mencemburui saya. Alhamdulilah.Allah masih memilih saya untuk berada di saf-saf NYA.tingkatan fasa ni bermaksud sangat mendalam bagi mereka yang memahami.mungkin masyarakat fikir tingkatan fasa makin bertambah umur atau tanggungjawab.tetapi hakikatnya saya telah menaiki satu fasa di mana dari saya belajar kepada bekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain Fasa Bekerja. Alhamdulilah.Allah telah menempatkan saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar iaitu Sekolah Kebangsaaan Kempas, Johor Bahru. Bertebaran lah kamu di bumi2 Allah untuk melaksanakan syahadatul Haq. Secara jujurnya fasa kerja sangat  mencabar bagi para daie. kenapa saya berkata begitu? Dulu saya tidak mengerti mengapa ada akhowat yang boleh futur bila sudah kerja? Adakah bebanan ker