Posts

Showing posts from August 30, 2012

Merdeka kah kita?

Assalamualaikum.salam ukhwah. semoga ALLAH masih lagi memberi kita ruang udara yang segar untuk kita masih lagi bernafas di bumiNYA. Merdeka kah kita? Persoalan. saya akan share beberapa kata-kata yang saya ambil dari mereka yang mendefinisikan merdeka ini... 31 Ogos 2012. Ulangtahun merdeka yang ke 55. Dan merdeka tahun ini paling hangat ceritanya. Bermula dengan tema hari kemerdekaan yang nyata tiada isi patrioritik. Seterusnya isu logo Hari Kemerdekaan Yang Ke-55 yang amat tidak masuk akal. Kemudian digegarkan dengan lagunya yang memaksa raky at agar mengingati jasa-jasa sebuah parti dan digesa untuk membalas budinya, berbanding meningkatkan kecintaan kepada negara. Belum dikira dengan penipuan yang menyatakan bahawa lagu itu diterima secara positif oleh rakyat. Bar merah dislike di YouTube yang panjang, dicover agar tidak kelihatan kemudian hanya ditayangkan angka view kepada video itu sahaja, kemudian dikatakan bahawa ianya diterima positif rakyat. Ini nyata sebuah penipu