Hati

Hati-hati teman....


"Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.” 

jengah-jengah status .tiba-tiba saya terbaca status ni.
 memang kena lah dengan sharing saya pasal hati.

saya selalu sangat share pasal hati, sebab apa
dlam hadith ke 16-

"apabila hati itu baik, maka baiklah segala anggotanya dan apabila hati itu rosak maka rosaklah segala anggota "

bila mana saya share pasal hati
saya memang tak da hati.
bukan maksud saya ni tidak berperikemanusiaan

tapi sememangnya saya perlu kuat hati
kenapa kena kuat hati?
sebab saya tau bila mana kita sudah atau sedang menggerak hati-hati manusia di sekeliling kita,
saya perlu kekuatan untuk kuatkan hati

bukan mudah
biar hati kita keras dalam menerima kebatilan
biar hati kita lembut dalam menerima kebaikan.

tidak di nafikan jika hati kita berpenyakit ia akan merebak semua anggota kita 
terpancar dalam gerak langkah kita sebagai seorang daie.

biar hati kita sensitif dengan isu umat isu dunia islam
jangan biarkan hati kita sensitif dengan persekitaran yang boleh mengdownkan kita..

hati ini sungguh halus apabila membicarakan tentangnya
semoga hati kita sentiasa di pegang dan di jaga oleh Sang Pencipta
sebab apa
Hanya Dia yang Maha mengetahui Hati-hati setiap hamba..

apa-apa pun
doakan saya untuk mengerakkan hati-hati yang memerlukan tarbiah dari MU.
dalam apa jua gerak langkah kita sebagai sang daie
kebergantungan kita hanya pada yang Esa...
wallahualam


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Ramadhan jangan pergi.

fikrah atau ilmu