Hidayah menyapa lagi

Air mata saya jatuh lagi
untuk yang ke berapa kali..
saya tanya pada diri.
adakah ini yang ALLAH bagi untuk sekian lamanya saya doa kepada mereka.
Oh sungguh hidayah itu milikMU.
siapa lah saya?
hanya hamba yang sentiasa mengharapkan ALLAH itu bagi hidayah kepada hambaNYA supaya kembali kepadaNYA..

 "setiap yang bernyawa akan pasti merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" 

(21: 35)

Beruntung kerana ALLAH memilih kamu
Beruntung kerana ALLAH sayang kamu
Beruntung kerana ALLAH ingatkan kamu
dalam berjuta-juta manusia
dalam berbilian-bilian manusia
ALLAH pilih kamu..

sungguh ALLAH itu Maha Berkuasa.

sepanjang hari ini
saya banyak diam
saya banyak berfikir
saya banyak bersyukur
atas nikmat hidayah yang Engkau beri

Ya ALLAH aku sayang hamba ini
seperti mana Engkau sayang akan hambaMu

semoga dia terus istiqamah dan mempunyai kekuatan untuk terus berubah..
sungguh ALLAH jualah yang pegang hati manusia bernama Hamba..

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu