seminar wanita Ikram


Alhamdulilah selesai sudah seminar wanita ikram di paramount Hotel ,sibu.

dapat mesej dari naqibah meminta anak usrah datang ke pejabat ikram untuk mendengar sharing dari Dr Hafidzah dan suaminya seorang ikhwah Akhi Rahimie

mujahadah kerana selepas menduduki peperiksaan UAK kami bergegas ke sibu untuk mendengar sharing.
dalam perjalanan semoga ALLAH permudahkan urusan kami.
paling mengharukan ialah apabila saya makan setalam dengan Dr. Hafidzah.
taaruf sungguh rasa diri ini kerdil berada di samping orang yang hebat.

malam tersebut, Allah mentakdirkan saya dan seorang ukhti untuk menemani umi ke Hotel rehearseal untuk program esok .sungguh ini semua perancangan ALLAH
berjumpa kembali dengan Umi Balqish untuk yang ke tiga kali.di lantik oleh naqibah untuk menjadi bahagian protokol
antara orang terpenting untuk memastikan program berjalan dengan lancar.
berkerja dengan mereka masih terasa diri ini tidak layak berada berbincang untuk gerak kerja.
sangat serius dalam kerja dan amanah yang di pertanggungjawab oleh ALLAH.

masih setahun jagung dalam melibatkan gerak kerja seperti ini.

banyak ibrah yang saya dapat sepanjang bersama dalam program seminar wanita ini
antaranya

menjaga hubungan dengan Allah,insyallah ALLAH akan jaga hubungan kita dengan manusia.
kenapa saya tekankan bab ni.
saya bersama dengan moderator yang sungguh OSEM masih humble dan melayan saya dengan baik.
saya bercita-cita untuk menjadi seperti mereka.
baik dari tuturnya akhlaknya, ketenangan mereka dan cara membawa diri di tempat orang.
saya masih ingat lagi layanan Dr. Hafidzah pada saya

saya di tugaskan menjadi AJK protokol bahagian menjemput tetamu di bahagian bawah,
saya telah mengiringi Dr hingga ke atas tingkat 3.seminar wanita berada di tingkat 3.
apabila saya bertemu dengan nya buat kali kedua, saya bersalaman dan berlaga pipi dengan Dr.
sempat lagi Dr tanya kepada saya

"How do you do , my dear?"
Alhamdulilah, sihat , saya menjawab.

saya berbual dengan beliau di dalam lif sebelum saya pass beliau pada rakan protokol yang lain.
Ya ALLAH, saya rasa sungguh terharu dengan layanan beliau.
Dr sensiri membahasakan dirinya umi , saya merasakan Dr seperti umi saya
menjaga dan mengasihi anak buahnya bagai menatang minyak yang penuh.

sempat lagi sebelum Dr berangkat pulang, saya datang tempat Dr saya meminta num phone Dr. untuk saya berhubung sekiranya perlu.
Sungguh Dr bagi tanpa ragu-ragu walaupun pada mulanya Dr tidak mengenali nama saya
beliau bertanya num phone saya dan nama saya untuk save terus.

saya dan ahli usrahmate berangkat untuk pergi ke makan di restaurant berdekatan
pada waktu itu handphone saya mati, lantas saya terus membukanya kerana saya ingin membuat panggilan wat rakan saya.
saya mendapat mesej dari Dr. berbunyi

"how are u amalina? pin rose2 rose ada 113.."

saya balas, " alhamdulilah..ok umi..syukran.."

sungguh saya rindu kan Umi

esoknya sebelum usrah , saya teringatkan Dr .saya tertanya2 adakah Dr dah sampai di kelantan?

lantas saya menaip mesej " salam umi, umi dah sampai kelantan?"

Umi balas,
"Alhamdulilah sampai jam 11.30 semalam, jzkk atas layanan istimewa.moga dakwah terus gemilang di bumi kenyalang dengan adanya orang macam amalina.."

saya membalas, Alhamdulilah, afwan. terima kasih atas doanya..

hati saya pada ketika itu berbunga-bunga (macam pakwe bagi mesej kat makwe)

hati saya berbunga-bunga bukan sebab apa
hati saya kembali bersemangat untuk menyebarkan kasih sayang ALLAH kepada roh-roh yang dahagakan tarbiah MU..

usrah di tepi tasik membasahkan lagi hati-hati saya dengan teguran-teguran ALLAH ..

terima kasih Allah atas kurniaan hidayah Islam !
moga saya terus berada di tali ALLAH..






Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu