Merdeka kah kita?

Assalamualaikum.salam ukhwah. semoga ALLAH masih lagi memberi kita ruang udara yang segar untuk kita masih lagi bernafas di bumiNYA.
Merdeka kah kita?
Persoalan.

saya akan share beberapa kata-kata yang saya ambil dari mereka yang mendefinisikan merdeka ini...

31 Ogos 2012. Ulangtahun merdeka yang ke 55. Dan merdeka tahun ini paling hangat ceritanya. Bermula dengan tema hari kemerdekaan yang nyata tiada isi patrioritik. Seterusnya isu logo Hari Kemerdekaan Yang Ke-55 yang amat tidak masuk akal. Kemudian digegarkan dengan lagunya yang memaksa raky
at agar mengingati jasa-jasa sebuah parti dan digesa untuk membalas budinya, berbanding meningkatkan kecintaan kepada negara.

Belum dikira dengan penipuan yang menyatakan bahawa lagu itu diterima secara positif oleh rakyat. Bar merah dislike di YouTube yang panjang, dicover agar tidak kelihatan kemudian hanya ditayangkan angka view kepada video itu sahaja, kemudian dikatakan bahawa ianya diterima positif rakyat. Ini nyata sebuah penipuan, dan sikap ini nyata dangkal serta menjelekkan.

Terang-terang mereka melakukan penipuan, tanpa rasa segan, tanpa rasa malu, tanpa rasa takut. Itu perkara yang kita semua yang celik IT ini tahu. Bayangkan pada perkara-perkara yang kita tiada kepakaran di dalamnya, yang tidak ramai rakyat yang arif akannya, mungkin lebih galak penipuan berlaku di belakang kita!

Justeru satu persoalan dilontarkan kepada diri saya dan rakyat Malaysia sekaliannya. Merdekakah sebenarnya kita?

Sangat menyedihkan bila Hari Kemerdekaan diperlakukan sedemikian. Usia 55 tahun adalah usia seorang manusia menghampiri waktu pencennya. Tanda khidmatnya sudah semakin hendak berakhir. Pengalamannya sudah banyak, matangnya pasti menjemput bijaksana. Namun malang, kita pada Sambutan Kemerdekaan ke-55, dipersembahkan dengan akhlak kanak-kanak yang menyedihkan.

Merdekakah kita sebenarnya dengan sandiwara ini?

Orang kata negara kita aman.

Namun kelakar apabila seorang yang berzina dengan bawah umur, diklasifikasikan 'rogol', terlepas tanpa hukuman kerana katanya masih terlalu muda(sedangkan umur sudah 20-an), manakala seorang lelaki miskin yang mencuri shampoo dipenjara.

Belum ditanya lagi, bagaimanakah harta rakyat dibelanjakan?

Merdekakah kita?


by -Hilal Asyraf-





sambutan merdeka di MALAYSIA yang saya lihat pada masa kini:





hiburan, remaja rosak harga diri, mercun sana sini.





merdeka erti sebenar merdeka..





adakah dengan sekadar laungan merdeka 7x.





kibarkan jalur gemilang sepanjang mereka.





pergi dataran untuk melihat sambutan merdeka.




kita nak negara kita yang aman makmur lagi sejahtera


tapi kes bunuh, kes rasuah ,kes rogol kes buang bayi masih meningkat dari tahun k tahun.





merdeka yang bagaimana yang kita inginkan?











by inspektor shahbab 




Mari merdeka kan hati, jiwa pemikiran 







Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu