Welcome back Amalina

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, rasa macam lama sangat tak menulis kat blog sendiri.
selalu je teringat nak share tetapi ada sahaja halangan terutama bisikan syaitan tu.

Status skang ni kalau ditanya jawapannya ialah 'menggangur'
maklumlah baru sahaja habis belajar dan menunggu surat posting dan akan berkhidmat untuk kerajaan sampai dipanggil olehNYA.

Bersyukur sangat2 kepada Allah ,Allah masih memberi kita peluang untuk menghirup udaraNYA.
Balik tempat sendiri banyak perubahan yang berlaku terutama dari segi jalanraya yang semakin membangun, harga barang semakin naik, manusia sentiasa berlumba2 untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara ini.

Alhamdulilah meneruskan tarbiah di Johor dan alhamdulilah lebih dekat untuk menyantuni rakan-rakan seperjuangan. Moga Allah redha usaha untuk membantu agama Dia.

Tiada yang lebih indah apabila kembali ke pangkuan keluarga.walaupun masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di tempat sendiri.


" Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKU yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia"

(HR Bukhari dan Muslim)

InsyAllah akan kembali bergiat aktif untuk menulis di sini dan berkongsi sedikit sebanyak mengenai diri, pengalaman tarbiah atau bahan bacaan yang di baca sepanjang menjadi penganggur pada masa kini.
Moga Allah redha.
Doakan saya

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu