Menuju Jalan Syurga

Assalamualaikum. Alhamdulilah.
Allah masih beri kesempatan untuk menulis di sini.
Dalam seminggu ni, saya telah membaca buku Hati sebening mata air penulis Amru Khalid.
Ternyata penulis ini sangat memberi kesan kepada pembaca terutama saya.
Banyak penulis yang hebat dalam penulisannya antaranya
Hilal Asyraf, Salim Al Fillah, Habiburrahman..

Buku yang mereka hasilkan adalah untuk membangunkan jiwa-jiwa pembaca.
sangat menarik dan tak rugi untuk membelinya.

Antara sub-sub topik yang telah menarik perhatian pembaca ialah Jalan Menuju Syurga ms 205
(Hati Sebening Air by Amru Khalid)

Setiap orang,ingin bahagia, Semua yang dilakukan manusia bertujuan mencapai kebahagian.Jadi, tidak ada seorang yang melakukan sesuatu kecuali untuk tujuan itu.
Ada orang menganggap , dengan menyenangkan orang lain kita akan bahagia.
Seseorang mencintai sesuatu kerana mempunyai tujuan, melainkan apa yang dihasilkan cinta itu berupa kebahagiaan hati.

Bagaimana dengan wang?

Kebahagian bukan pada wang, tetapi pada apa yang dihasilkan wang bagi hati, berupa kesenangan dan kebahagian yang menjadikan hati penuh senyum dan tawa. Rumah mewah, kawan,rekreasi dan semua yang kita lakukan bertujuan menggapai kebahagiaan.

Ketika seseorang  pergi untuk menunaikan ibadah, ia tidak akan pergi kecuali kerana ia menemukan kebahagian hati di sana. Juga, di saat seseorang membelanjakan wang atau bernikah. Bahkan, tujuan seseorang bermaksiat pun dalam rangka mencari kebahagiaan.

Yang bahagia pada manusia itu pada hatinya. Manusia akan merasakan kesegeraan dan ketenangan apabila hati mereka bahagia.

TIDAK ada Kebahagiaan yang sempurna di dunia.

Allah tidak menjadikan kebahagiaan di dunia ini sempurna. Sehingga, kita tidak akan menemukan kebahagiaan di dunia kecuali terdapat cacat padanya. Bukan kah begitu?

Ketika kita memakan makanan lazat,misalnya, setelah selesai kita akan merasakan perut memulas dan lelah, sehingga kita kehilangan nafsu makan dan akhirnya kita tidak menemukan kebahagiaan yang sempurna.

Berekreasi menikmati keindahan alam pun akan mengakibatkan kita kepenatan ,lalu tidur dan malas badan.

Sesungguhnya bentuk kasih sayang Allah ketika Ia menjadikan kebahagiaan dunia terdapat cacat nya.kerana jika dunia ini kebahagiaan .,maka untuk meninggalkan nya adalah mustahil.

Dia yang menciptakan kami dari keadaan lemah, kemudia Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) itu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Ar Rum 54

Janganlah kita terburu-buru merasa gembira dengan perasaan hari ini, kerana setelah dua puluh atau tiga puluh tahun belum tentu kita mampu merasa bahagia.Inilah dunia, tempat yang di sana tidak ada yang sempurna dan tidak ada pula kebahagiaan yang sempurna..

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu