Tingkatan Fasa

Tingkatan Fasa

Assalamualaikum.sudah lama tidak menulis di sini.Aseef jiddan kerana tidak menunaikan hak-hak pembaca yang sentiasa berkunjung di blog ini.Kadang-kadang terfikir jugak untuk menulis sesuatu tetapi masa sangat mencemburui saya.

Alhamdulilah.Allah masih memilih saya untuk berada di saf-saf NYA.tingkatan fasa ni bermaksud sangat mendalam bagi mereka yang memahami.mungkin masyarakat fikir tingkatan fasa makin bertambah umur atau tanggungjawab.tetapi hakikatnya saya telah menaiki satu fasa di mana dari saya belajar kepada bekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain Fasa Bekerja.

Alhamdulilah.Allah telah menempatkan saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar iaitu Sekolah Kebangsaaan Kempas, Johor Bahru. Bertebaran lah kamu di bumi2 Allah untuk melaksanakan syahadatul Haq.

Secara jujurnya fasa kerja sangat  mencabar bagi para daie. kenapa saya berkata begitu? Dulu saya tidak mengerti mengapa ada akhowat yang boleh futur bila sudah kerja? Adakah bebanan kerja di sekolah yang menekan mereka?Adakah keluarga usrah kini tidak menggembirakan hati mereka apabila bertukar medan?

Kini saya mengerti kenapa mereka boleh senang2 futur.kerana saya kini mengalaminya dan ternyata bila-bila masa sahaja boleh menarik diri dari perlumbaan ini.
Baru-baru ni saya terkesan dengan ayat murobbi pasal berlumba-lumba kamu dalam kebaikan.fastabiqul khairat.ada seorang ukhti memberitahu saya ‘dia merasakan dia baru sahaja bermula akan perlumbaan ini’ tetapi bagaimana pula saya? Saya tidak mampu nak jawab bila tanya di manakah posisi saya sepatutnya.

Allah benar-benar menguji hambanya yang beriman bila mana dalam surah Al baqarah ayat 214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu…
Apa penguat kamu?
Sabar dan berpegang teguh pada tali Allah…

Doakan saya terus tsabat hingga ke akhirnya..





Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu