Ramadhan Lagi.

Diary Of Ramadhan.

Bulan Puasa yang Penuh dengan pesta makanan seiring dengan pesta ibadah di masjid mahupun dirumah.Benarlah.apa yang kita rasai terhadap ramadhan itu sendiri membawa kita lebih dekat kepada Pencipta.Jangan kita lupa pada saudara-saudara islam kita dluar sana Palestin, Syria, Ronghia,dll.Pernah ke sementara kita tunggu waktu berbuka kita doakan mereka? Terdetikkah hati kita untuk tahu adakah saudara seislam kita mempunyai  makanan berbuka puasa?
Ramadhan kali ini bukan sahaja untuk menjadi hamba yang rabbani malahan untuk menjadi hamba yang empati pada orang lain.

Tadabur.
Ramadhan dan Al quran tidak boleh dipisahkan.Sambil bertilawah sambil-sambil itu juga kita perlu tadabur (menghayati makna ) yang kita baca.Ambil pengajaran disetiap.Belajar untuk mengetahui kisah2 para Nabi.kenapa Allah ceritakan dalam Al quran.banyak yang boleh kita ambil pengajaran dri setiap kisah yang ditadaburkan.

Doa.
Doa ini senjata kita sebagai seorang muslim.Banyak perkara terbatas yang tidak kita mampu lakukan.tapi dengan Doa semua mampu untuk berbuat.Doa yang baik-baik.Doa semoga ALLAH terima amal-amal kita sepanjang bulan Ramadhan.dan kita tidak tahu amal mana yang terbaik Allah pilih.dan mungkin amal itu yang menjadi pilihan Allah untuk kita masuk kedalam syurgaNYA.

10 Ramadhan terakhir bakal kita lalui.
semoga kita dapat mengekal momentum ini sehingga ke garisan penamat.
Banyak sangat perkara yang ingin saya kongsi .
Semoga ini juga bermanfaat untuk yang membaca.


Doa yang saya jumpa sepanjang tadabur n tilawah saya

Ya Tuhan Kami, Janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami dan Kurniakan Kami rahmat dari Sisi Mu.Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi 3:8

Ikhlas dri saya
Daie Marhaen.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Ramadhan jangan pergi.

fikrah atau ilmu