Tarbiyah.
Apa itu tarbiyah?kenapa perlunya tarbiyah?ada apa dengan tarbiyah?tidak semua faham dan ambil berat pasal tarbiyah.dan tidak semua orang terpilih untuk tarbiyah.kenapa saya berkata begitu?Sesungguhnya seluruh hidup kita adalah tarbiyah yang ALLAH berikan kepada hambanya yang sedikit sekali faham dan ambil berat pasal tarbiyah.ok mungkin orang masih tidak faham atau cukup sekadar aku baik .tidak perlu untuk pergi majlis ilmu.majlis ilmu untuk orang yang dah tua-tua yang dah nak kembali menghadap ilahi.Kerana manusia pada zaman kini begitu sibuk mengejar harta dan pangkat dunia.mengumpul harta yang banyak, melancong keliling dunia.bekerja dan terus bekerja.Sering kali kita lupa pada pencipta.sering kali kita lupa untuk mengisi jiwa yang kosong.sering kali kita lalai dan leka dengan godaan dunia.sering kali kita mengikut sahaja arus pemodenan.
Tanpa kita lupa akan hakikat kejadian.

                             tarbiyah itu di mana-mana.Sebab ALLAH yang pilih

Sebenarnya post pada kali ini, saya ingin menceritakan bagaimana saya mendapat tarbiyah.Mungkin pada perkiraan saya, setiap orang yang menjadi insan yang di pilih oleh  Allah untuk menerima hidayahNYA seakan-akan sama dan tiada banding bezanya.tetapi.Tarbiyah itu bukan benda yang biasa-biasa kita dengar dan biasa-biasa kita dapat.

Saya nak share satu ayat al-quran surah Al-Baqarah ayat 30:

Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat:” sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.mereka berkata” Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?.Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”..

Kita banyak dengar ayat yang di atas tetapi kita merasakan ayat yang Allah turunkan bukan untuk kita.
Sememangnya fitrah manusia itu sukakan kebaikan.dan saya akui satu benda di mana semakin kita meningkat dewasa semakin kita berakal dan matang dalam menganani satu-satu hal.



Kalau tanya pada sy, bagaimana saya memperoleh tarbiyah.
Sudah pasti jawapannya hanya satu iaitu ALLAH
Kerana apa saya percaya dalam setiap yang berlaku dalam hidup kita telah di rencanakan oleh 
YANG MAHA KUASA..

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu