ALLAH itu sedekat urat nadi.

Assalamualaikum.salam dhuha.
saya menulis post ini masa waktu dhuha.

seminggu saya baca sebuah buku ini yang bertajuk "Amalan Meraih Ganjaran Pahala" oleh Zulkarnain Dollah

apa yang saya dapat dari buku ini?
Masyallah.sangat menarik.
Buku ini memberi semangat kepada saya untuk terus meraih ganjaran pahalan yang ALLAH janjikan di syurga nanti.isnyallah..
 dalam banyak-banyak tajuk di dalam buku tersebut.
saya hanya akan berkongsi tentang

Bagaimana mendekatkan diri kepada ALLAH bagi mendapat kasih sayang dan keredaanNYA?
How lucky we have ALLAH..

                                                          






 comel nya budak ni berdoa
1. Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi ALLAH
2. Kita perlu merancang kebahagian untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan
     hidup di dunia
3. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik , waktu dan masa yang sesuai serta pemberian yang baik
    untuk kita lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga kita.
4. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjaran pahala yang besar serta cara
    memperolehnya
5. Kita perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan kita perlu
    membina hubungan baik bersama mereka, bertanya mereka dan belajar daripada mereka cara untuk
    mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga kita di kasihi ALLAH.
6. Kita perlu bersiap sedia dalam beramal dengan meminta panduan daripada mereka yang suka beramal
    untuk akhirat sebagaimana kita bersiap sedia untuk dunia kita dengan meminta panduan daripada orang
    untuk urusan dunia kita. Apabila kita sentiasa bertanya dan meminta panduan daripada orang yang suka
    beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu memperelokkan amalan kita.
7. Kita perlu sentiasa mengadakan perubahan dalam hidup kita sebagaimana kita sentiasa menukar barang -
    barang keperluan hidup duniawi seperti perabot rumah, pakaian, set, pinggan mangkuk dan sebagainya.
8.Kita perlu mengubah niat kita dan belajar bagaiman mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan
   sama ada kecil ataupun besar, semasa kita gembira ataupun marah, semasa kita tidur ataupun jaga, semasa
    makan, pergi dan pulang, dan dalam segalan amalan dan tindakan kita.

Lengkap.Ringkas dan Mudah Di fahami.
agak2 ada kena kat batang hidung sendiri x?
sejujurnya number 2,3, 4dan 7 banyak terkena kat diri.

kita memang tidak boleh lari dengan hakikat dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
cabaran zaman belajar, cabaran bila dah kahwin. cabaran selepas dah kawin.
memang kita nampak indah dan bahagia sebenarnya..
lagi bila seorang itu bernama wanita, perempuan, atau akhowat.
hakikatnya mereka ini manusia.
yang punya nafsu, akal dan hati.
dan setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
ada orang tu bangun Qiyam , tahajud ngadu pada ALLAH
ada orang itu Istigfar sentiasa 24 jam.ingat ALLAH
ada orang itu baca Al-Quran  dan tadabur ayat-ayat NYA.
saya tidak kata salah.betul dan teruskan usaha anda itu.


point2 yang diatas antara cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

saya teringat bila mana masa cuti yang lepas
saya cuba memberitahu kepada mak saya tentang orang yang belajar agama

saya katakan kepada dia...

"ada orang belajar agama dengan belajar kelas agama kat masjid
ada orang dengan ceramah kat you tube
ada orang dengan ceramah/ kuliah kat masjid atau kat tv.
masing-masing ada cara nya.."

dan nampak sangat yang manusia itu perlu di bimbing oleh panduan atau arah yang dia rasa betul dan sesuai dengan kehendak dia..

dan saya sebagai sang penyeru kebaikan mengharapkan orang-orang di sekeliling membuka hati , akal untuk mengamalkan cara hidup islam /muslim yang sebenar

saya nampak manusia skang ni lebih mengejar dunia berbanding dengan akhirat.

eh.. pandai2 je kau nak cakap macam tu"
kau bajet alim la..

bila mana kita bekerja, berapa banyak yang kita baca Al-Quran  , solat dhuha , solat berjemaah bersama rakan sekerja time2 tengah kerja
bila mana kita pergi kuliah, berapa banyak di antara kita baca Al-Quran sebelum pensyarah masuk.

sesungguhnya yang menulis ni lagi dekat tangannya dari pembaca..
semoga ALLAH redha dengan setiap amalan yang kita lakukan dalam setiap langkah kita, dalam setiap gerak kerja kita
sebagai
PELAJAR, ANAK, SUAMI, ISTERI, GURU,..

semoga yang membaca boleh mengambil ibrah dan yang tidak baik kita buang jauh terus..

Ukhti Amalina Omar

masih merangkak-rangkak mencapai REDHANYA




Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu