BERUBAH itu PAYAH

Berubah itu Payah
sesuai sangat dengan post terbaru JOM 06. Pilihan di tanganku.
saya sangat seronok menjadi seller majalah JOM kat IPG dan Sibu.
spread the ISLAM through the majalah JOM..
insyallah untuk saham akhirat.

nak share pasal berubah itu Payah..
Memang payah , perit, sakit,
nak share 

"sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kerana ALLAH kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti dia BAHAGIA.."

dalam hidup ini semua orang nak struggle,
struggle nak kaya cepat, struggle nak naik pangkat cepat, struggle nak dapat kerja bagus2.
tapi mereka lupa stuggle untuk kehidupan akhirat.

dan hanya kita yang tahu Hati kita macam mana.dan ALLAH yang pegang hati kita.
sama ada hati kita ni tenang, gelisah, resah, sakit , ...

ok saya sudah terlebih.

saperti post sebelum ini saya telah mencerita latar belakang sekolah, persekitaran saya yang bukan dari sekolah agama.
tapi hakikatnya..
sekolah membentuk saya untuk menjadi lebih baik.
dan ALLAH itu dengar doa setiap hambaNYA..
di zaman MRSM saya lihat surau di sana sangat aktif terisi dengan setiap pengisian ketika maghrib dan isyak.
dan saya lihat kawan2 saya berlumba-lumba mengejar pahala berjemaah di surau dan datang awal di surau sebelum Subuh..
Saya tertanya-tanya dalam hati. " kenapa di rumah aku tidak dapat biah seperti ini"
Mrsm tapi macam sekolah agama kan.
Usrahnya , Tazkirahnya, bacaan Yassin, tayangan video, bacaan Al-mathurat ,Istigfar (part ni best)- sebab istigfar smpai bengkak2 mata..
sesungguhnya saya merindui zaman itu...
sekolah benar2 membentuk saya sampailah saya bertemu tarbiah..
saya tak kan dapat semua ni bila di rumah.Sumpah saya tak tipu.
walaupun saya sekolah agama Johor sampai darjah khas.sekalipun ini tidak benar2 membentuk saya sebagai muslim sejati.

Bila berubah ini bukan setakat pada hati sahaja, nak tak nak kita kena pamerkn melalui pakaian.
sebab iman itu bukan pada hati sahaja.iman itu pada hati, lisan dan perbuatan..
baru sedar rupanya tutup aurat tu kena melabuhkan tudung, pakaian x jarang, pakai stokin.
serius berperang dengan perasaan jugak apabila nak pakai tudung labuh.
Alhamdulilah sahabat dunia akhirat memberi semangat dan suka dengan perubahan kita.

-semoga ALLAH redha-




Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu