D for Dakwah



Di sebabkan saya banyak post2 islamik kat FB dan twitter.Maka izinkan saya untuk menceritakan background  saya di sini.

 1998- 2003 Sek Kebangsaan Sri Amar
 2004- 2006 Sek Menengah Convent ,JB
 2007- MRSM Merbok, Kedah
 2008- MRSM Muar, Johor

Ketahuilah saya bukan lepasan sekolah agama, sekolah arab, tetapi saya masih melakukan kerja-kerja islamik.saya akan share satu ayat di dalam Al-Quran

Barang siapa dikehendaki ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam.Dan barang siapa di kehendakiNYA menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit.Demikianlah ALLAH menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Al-Anam: 125

saya higlight statement yang bukan saya tulis.tapi ALLAH yang sampaikan melalui Al-Quran.
siapa lah saya nak menidakkan kenyataan tersebut.

mungkin orang akan mula bercakap..

"ala kau siapa nak cakap pasal dakwah.
kau bukan budak sekolah agama pun"
"kau nei jangan sebarangan..nnt sesat"
"itu antara yang biasa kita dengar."
"tudung labuh macam ustazah"
"kau nak tukar kos agama eh xpun kos J-QAF"

Dunia yang canggih lagi MODEN serta AKHIR ZAMAN ni..
budak kos bukan agama pakai tudung labuh memang pelik.
budak bukan kos agama cakap pasal ISLAMIK tu pelik.
padahal niat dia nak ajak kita jadi baik je pun.tapi di salah ertikan.

saya link satu enty yang saya rasa anda semua patut baca

http://www.aimanazlan.com/.
saya nak tukar persepsi anda semua tentang kerja DAKWAH
bukan hanya terhad pada golongan USTAZ dan USTAZAH.
kalau anda ada kelebihan .BGUS.dan MANFAATKAN untuk ISLAM

saya bagi contoh..
anda sangat terer bab mengedit video ..apa kata anda buat satu video islamik dan upload kat youtube.
anda sangat pandai berbisnes .apa kata anda buat bisnes dan sumbangkan untuk NGO2 yang membantu bantuan ke PALESTIN,SYRIA, ROHINGNYA.

saya hanya sampaikan apa yang satu dan saya paham.

dan saya harap entry ni dapat bukak mata, bukak hati, bukak akal
untuk terima segala kebaikan , yang kadang2 kita sendiri tidak perasan yang ALLAH sayang kita nak kita kembali kepadaNYA..
saya percaya, kalau kita nak jadi baik, ALLAH akan hantar orang2 yang baik untuk kita.
tapi jangan putus untuk berdoa dan berdoa dan mintak padanya..
kita tidak tahu bila ajal kita, dan bila ajal saya, ajal anda.
saya selalu berdoa saya sentiasa berada dalam penjagaan ALLAH..

ukhti amalina omar
-yang sentiasa mengharapkan redhaNYA-
rehlah di sebangkoi


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Allah guide me all the way to your Jannah

Semester Baru