Muktamar Mahasisiwa Tarbawi Sarawak

masih teringat status seorang hamba ALLAH ni

hidup bukan untuk suka-suka
tapi perjuangan untuk meraih redhaNya
malanglah jika kita tidak nampak akan tujuan dan matlamat sebenar kehidupan manusia
samalah kita seperti penyapu yang digunakan untuk dijadikan kayu hoki
la
 dari fungsi asalya bermakna sudah bertentangan dengan fitrahnya

di jalan ini ada redha dan syurgaNya
maka mengapa harus memilih sebaliknya?

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Surah Yusuf:108]





tarbiah itu bukan hanya kamu cakap-cakap sahaja
tarbiah itu bukan hanya kamu berangan-angan sahaja
tarbiah itu bukan hanya kamu duduk duduk sahaja.
tapi tarbiah itu memerlukan kamu untuk bergerak..
bergerak semampu yang mungkin.

Alhamdulilah. kerana ALLAH masih lagi memilih saya untuk berada di jalanNYA.

saya akan share beberapa perkara mengenai pengembaraan tarbiah saya berkonferens 'riang ria' di sana
selama 3 hari 2 malam..
insyalllah 
pada awal nya saya ada di maklumkan mengenai tarbiah mahasisiwa di bintulu 
tapi untuk usrah 02 ke atas
saya hanya tahu sahaja.dan naqibah tidak cakap apa2.
lagi pula saya belum ke tahap itu.

pada hari rabu saya mendapat panggilan dari naqibah untuk mengajak saya dan usrahmate yang lain yang tidak ada plan apa minggu tersebut untuk join program tu.

Alhamdulilah.saya masih bermimpi sebab memang diri ini tidak layak untuk berada di samping mereka yang hebat-hebat di mata ALLAH insyallah..

ALLAH permudahkan segalanya.akhirnya kami berempat dari wakil Sibu termasuk kak sakinah pergi muktamar tersebut.

sememangnya ada di antara kami mempunyai tugasan-tugasan dunia yang belum di selesaikan
tapi saya berpegang pada ayat ALLAH

sekiranya kamu membantu agama ALLAH, ALLAH pasti membantu mu..

kami sampai lewat jam 12 petang akibat dari zauj naqibah mengantuk dalam perjalanan ke Bintulu 3 jam.

sampai di rumah AL-QUDS di miliki akhowat kak Ilani dan Kak Ct. untuk dua kali kami bertandang di rumah tersebut.

sangat teruja apabila berjumpa semula dengan akhowat Miri menyebabkan kami lewat tidur 
taaruf yang berpanjangan.

esoknya bermula jam 5 pagi solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh oleh Akhowat miri.sesi taaruf.

taklimat program dan program bermula jam 9 pagi di Madrasah Bintulu. 

sharing pertama dari Ustaz Ali (PKS)
tentang keaslian tarbiah.


Ustaz Ali seorang ahli PKS yang telah mentarbiah seorang mutarabbinya iaitu Presiden PKS skang ni.

kesimpulan yang saya dapat ialah
-tarbiah yang kita dapat tu macam mane kita nak tau dia asli ke tak sesorang itu perlu melalui 7 wasilah tarbiah dan seseorang itu jika tidak melalui wasilah itu maka cacatlah sistem tarbiah tersebut. semua ini berlakunya proses dalam sesuatu tarbiah.
analogi nya: macam kita beli CD ori dan CD cetak rompak.

tujuan tarbiah:
1. melahirkan tasawur islam yang betul
2.melahirkan sahsiah islam yang unique
3. Keperibadian
4. mujahadah(proses panjang)


Sharing dari Akhi Azmi (ikhwah Shah Alam)

slot 'Kami Pelajar Bukan Pendakwah'

banyak menceritakan pengalaman beliau dalam tarbiah.dan mereka yang lama dalam tarbiah 

-turning point
-open your eyes- inilah jalanku
-neraca iman- jaga amal fardi

tunggak kemenangan
1. Kuat rasa keyakinan 
2. Ikhlas dalam perjuangan
3.semakin bersemangat merialisasikan
4.Untuk beramal dan berkorban dalam perjuangan

ALLAH akan uji setiap dari kita dengan tarbiahnya.

Last part sharing dari En AMIR YDP ikram MIRI

Antara kejayaan dan faktor Dakwah itu berjaya ialah

1. Kepimpinan
2. Sistem Tarbiah
3. Sumber Manusia
4. Ukhwah
5.Baitul Muslim
6.Cergas/ sihat
7.Akhlak Mulia
8.Amal Jamaie
9.Networking
10. ilmu dan Kemahiran
11. Persaingan/ Tekanan
12. Hubungan dengan ALLAH

sambil-sambil kenal akhowat dari pelusuk Sarawak sambil-sambil tu mendapatkan idea2 untuk terus bergerak seiring dengan matlamat yang ingin di capai.

dan banyak lagi sebenarnya yang tak dapat nak tulis di sini.
kadang apa yang kita share di blog x sama dengan apa yang kita dapat melalui pergi berprogram .
kadang apa yang kita share time usrah dengan usrahmate yang lain belum tentu sama dengan apa yang kita dapat melalui berprogram.

paling saya ingat. "kalau kita dah tahap macam ni pun, masih lagi nak main2 dalam dakwah, masih lagi x nak pergi daurah , masih lagi x nak join usrah, masih lagi nak pilih bulu."
letih lah..kalau macam ni (ayat En AMIR) 
"kalau dah faham tu masih lagi nak pilih bukan akhowat, atau bukan ikhwah" .
letihla..

En Amir banyak menjentik hati dan akal kita untuk terus bergerak on this track.

sememangnya the turning point kita sememangnya sentiasa ada yang ALLAH nak bagi bila kita berprogram

dan kita tidak akan dapat jika kita hanya mendapat melalui konseptual tanpa ada praktikal..

sejujurnya saya masih lagi merangkak dan mengharapkan akhowat- akhowat untuk berada di jalan ini 
dan sama- sama bergerak untuk membina pelapis
kerana apa? kerana ini memang kerja kita 2:30 , 51: 56

Dah tak boleh layan jahiliyah dah tak boleh main-main lagi
SERIUS dalam berdakwah 

saya selalu berdoa seorang ukhti ni supaya dia faham mcam mana saya faham dalam konteks sebenar-benar dakwah.dan Alhamdulilah ukhti ini semakin jelas dan bersama-sama dengan saya dalam gerabak ini.

seusai sahaja berprogram
kami ber enam berusrah dan membentangkan hasil dapatan kami pergi ke muktamar.
dan mula melangkah untuk bergerak .

Hadaf Muktamar ingin mewujudkan Kelab IKRAM siswa seramai 01-24 orang 02-12 orang.
dan kita perlu untuk membina pelapis 

refleksi dari program muktamar
sejujurnya saya rasa berat tapi saya perlu jugak untuk bergerak kerana saya tahu syurga yang ALLAH janjikan itu mahal.
benda yang saya join jelas matlamat nya dan bersistem dan saya yakin.
bersesuaian dengan ayat Al Quran

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
 [Surah Yusuf:108]

Allahuakbar!!



Comments

A'yun said…
Salam akak...
sharing JOM!!!
:D

xde shoutbox ke..kalo ada, bleh chit-chat...
A'yun said…
Salam akak...
sharing JOM!!!
:D

xde shoutbox ke..kalo ada, bleh chit-chat...
A'yun said…
Salam akak...
sharing JOM!!!
:D

xde shoutbox ke..kalo ada, bleh chit-chat...

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Ramadhan jangan pergi.

fikrah atau ilmu