Berprogram sehingga Lelah


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


Kata-kata Hassan Al-Banna.

terkesan kepada hati.
Alhamdulilah Allah masih mengurniakan iman dan islam kepada saya.
Alhamdulilah.Alhamdulilah.
Sungguh nikmat ALLAH tidak terkira bilangannya,mana mungkin saya dapat membalas dengan sisa hidup yang ALLAH bagi kat dunia.

Saya dapat berprogram di Mukah.Berqiyam.
sungguh nikmat ukhwah itu terasa apabila saya berjumpa dengan saudara baru.
Saudara islam saya. saya berjumpa dengan kak zarina dan kak izzah
banyak saya dapat ibrah apabila berjumpa dengan mereka.membuatkan saya insaf.
dan bersyukur kerana ALLAH pilih mereka untuk berada di jalan ini.
umur mereka lebih tua dari saya.
dan saya merasakan hubungan ukhwah itu terbina walaupun baru pertama kali berjumpa.
sungguh terpancar di muka sinar islam dan sentiasa dahagakan ilmu islam ini.
mereka bukan calang2 orang kerja salah seorangnya ialah juruteknik komputer dan pembantu hospital bahagian radiografi.


tadabur Surah An-Naml (18-23)
Terdapat kisah di sebalik apabila saya dan akhowat yang lain mentadabur ayat 18-23
Rumusan dari tadabur ayat 18-23)

Nabi Sulaiman berdoa Ya ALLAH, anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masuklah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaM yang soleh.

Nabi Sulaiman telah datang ke tempat haiwan2.dan beliau mendapati tiada burung hud-hud..
 dalam konteks kita sebagai murobbi dan mutarobbi

kena tahu kenapa anak usrah tak dapat dtg program atau usrah 
selidiki masalah .sekiranya masih tidak datang sebab2 alasan tidak munasabah,jatuhkan hukuman.

ayat 22: kadang2 anak usrah kita tahu lebih sesuatu ilmu itu dari murobbi kita.jangan cepat ego.malah lebih baik jika dia dapat membawa orang lebih banyak untuk fahamkan islam itu sendiri.
Burung hud-hud ini menyampaikan berita atau laporan kepada naqib dia Nabi Sulaiman.

dalam kontek Kita:
kita kena sentiasa laporkan kepada naqibah sekiranya kita ada bergerak atau laporkan pada naqibah apa perkembangan madu yang kita bawak.

Qiyam jam 4.30
Subuh berjemaah jam 5 pagi
Al-Mathurat dan tazkiran Subuh oleh Naqibah Kak S
Pengisian oleh Umi
dan majlis bersurai.

balik maktab dan bersedia untuk Exam dan Raya Haji





Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Ramadhan jangan pergi.

fikrah atau ilmu