hubungan dengan Allah


banyak-banyak hubungan , hubungan apa yang susah kita nak jaga?
erm..
hubungan dengan ibu? ayah? kawan?.
kita terlupa satu hubungan yang kita sepatutnya jaga ialah
apabila hubungan dengan kekasih Agung kita iaitu Allah.
susah kita nak jaga hubungan dengan kekasih kita yang kita tak nampak
tapi kita boleh rasa.
kita rasa dengan apa? kita rasa dengan keimanan kita pada ALLAH.
kita rasa takut dengan kekuasaannya
kita percaya hanya Dia berhak mematikan dan menghidupkan semula kita.
tapi kita bagaimana?
masih tidak percaya kan ALLAH?
masih kufur pada nikmat yang di berikanNYA?
sungguh kalau kita hitung nikmat satu-satu kita x mampu nak balas dengan amalan-amalan kita
Solatnya,puasanya,zakatnya,hajinya.
cukupkah ?
Saya cukup kagum dengan orang tidak pernah lelah berdakwah
sepanjang masa mereka mentarbiah hati-hati manusia di luar sana.
sedangkan saya masih di atas katil menulis...
saya teringin menjadi seperti mereka.
24 jam hanya fikirkan dakwah dan tarbiah.
sebab saya tahu hidup dekat dunia sementara dan saya patut gunakan masa, tenaga dan harta saya untuk dakwah dan tarbiah.
dan kita tidak tahu ajal kita bagaimana?
dan saya hanya dapat berdoa. berdoa dan berdoa
dan saya mengharapkan orang yang membaca berdoa jugak sebab kita tak tau bila kita akan di jemput untuk membentangkan amalan-amalan kita di hadapanNYA kelak.



Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu