Rezeki itu milik ALLAH



Sebelum ditarbiyah berangan-angan nak miliki sesuatu tapi matlamat tak jelas, fikiran sangat sempit. Oh dunia! :)

1) Rumah 
2) Kereta 
3) Handphone canggih
4) Suami kacak
5) Duit banyak 

Selepas ditarbiyah dan serius dengan dakwah, fikiran jadi lebih besar dan matlamat lebih jelas. Semua yang disebut di atas mahu dimiliki agar bermanfaat untuk dakwah. 

1) Rumah (terfikir perlunya ada rumah yang besar supaya dapat buat program)

2) Kereta (perlunya kereta yang besar supaya dapat isi ramai2 ke program)

3) Handphone canggih (sesuai dengan keadaan semasa bagi melancarkan lagi pgurusan dakwah- Android(InsyaAllah) )

4) Suami (kacak bukan lagi kriterianya. Tapi sangat memerlukan suami yang sama2 berada di jalan dakwah supaya boleh fikir dakwah sama-sama)

5) Duit banyak (supaya dapat banyak infaq untuk dakwah)

Moga kita dimurahkan rezeki agar apa yang kita ada dapat disumbangkan demi dakwah ini!




apa pendapat pembaca jika terbaca kata-kata seperti ini.

bukan mudah

bukan senang

sebab aset ini yang kita nampak di hadapan mata..

bukan syurga bukan pahala.

sungguh saya , anda dan siapa yang menjadi hambaNYA

akan sentiasa di uji di uji..

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan kelaparan, kekurangan harta, jiwa,  dan buah-buahan.Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang sabar. Al-baqarah:155

sweetkan ALLAH ,Dia bagi peringatan-peringatan dari surat cintaNYA..

siapa yang beriman akan di uji.

x kira dia miskin atau kaya.

saya kena banyak bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi
tersedar saya dari mimpi lepas muayasyah dengan anak usrah.
sungguh saya sayang dia kerana ALLAH.

tapi bila baca status pasal sebelum tarbiah dan selepas tarbiah sungguh berbeza sekali.nampak ke arah dunia itu lebih dari akhirat.
kalau orang yang biasa-biasa mungkin tidak dapat menerima pernyataan seperti ini..

'buat apa lah kita dok sibuk nak infaq untuk ummah.
untuk kegunaan sendiri sudah la.."

pernah saya terfikir kalau duit banyak pun tapi hati x bahagia macam mana?

teringat kesah para sahabat seperti Uthman , Abdul Rahman Bin Auf.

saya bercita-cita seperti mereka.

sanggup menginfaqkan sebahagian harta mereka di jalan ALLAH.
tetapi bila kita tengok dunia skang ni 
susah untuk kita berbuat begitu..

dan saya merasakan apa-apa program yang di jalankan kalau tiada usaha-usaha mereka yang menginfaqkan sebahagian harta mereka di jalan ALLAH..tidak mungkin hasil tarbiah yang kita dapat sekarang ni.

siapa pun anda tidak kira
kaya harta miskin harta
tapi jangan sekali miskin dari agama pegangan hidup kita 
sebab dengan amalan-amalan kita yang hanya akan selamatkan kita di akhirat kita nanti

bukan kereta kita 
rumah kita
lelaki yang handsome je

=.=
adei..
semoga di manfaatkan


                      muktamar mahasiswa tarbawi seluruh sarawak



Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu