mujahadah itu payah

Jalan Mujahadah itu tidak mudah.
teeet..teeet..
mesej

'akak, bimbinglah sy untuk berubah kak.."
saya suka usrah kak..best setiap apa yang akak cuba nak sampaikan sampai kat kami..

sungguh Allah itu terbaik buat hambaNYA..
saya tidak boleh putus asa.
walau manusia tidak menyokong usaha baik itu.tapi saya percaya dengan pertolongan ALLAH itu akan sampai jugak.

"saya pelik la kak..
akak ni tak penat ke" ke hulur ke hilir membawa bulatan gembira.
bila akak nak rehat"

untuk daie tiada istilah rehat dalam kehidupannya di dunia..
kerehatan sebenar apabila berada di dalam syurga.
pernah saya merasakan sedih tatkala manusia yang tidak memahami dalam erti tarbiah itu sendiri.
sedih dengan gelagat manusia yang sentiasa merasakan mereka itu betul dan bangga dengan apa yang mereka miliki
bila kita ngaku diri sebagai daie maka kita kena laksanakan tugas syahadatul Haq tu betul2.
sebab apa ?
sebab kita hamba dan khalifah.

berapa peratus yang faham sebagai khalifah?
berapa peratus yang faham sebagai hamba?
mungkin sebelum ini kita hanya tahu hamba.tiada kesedaran untuk menjadi khalifah.
kini tugas itu sudah pun tergalas dan perlu di buat sungguh-sungguh
kenapa kena buat sungguh-sungguh ?
sebab hanya Redha ALLAH..kita nak setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni ALLAH redha.

dunia ini sementara dan penuh tipu daya
dunia ini syurga bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat.

nasihat saya untuk mereka yang ingin berubah:
Allah tahu akan niat kita.DIA akan tunjukkan jalan bagi mereka yang mencari dan ingin temui jalan yang sebenar.Langkah pertama untuk berubah adalah mencari sahabat-sahabat yang baik dan boleh bimbing ke jalan yang di redhai ..

saya sayang mereka kerana ALLAH.:)






Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu