kenangan terindah sebulan praktikum


Kenangan Terindah Selama Sebulan Praktikum
Assalamualaikum.
Alhamdulilah.
Syukur kepada Allah ,Allah permudahkan urusan saya di sekolah Sk Abang Ali selama sebulan di sana
Sebulan bersamaan dengan 4 minggu saya di sana.
Pelbagai kenangan yang tidak mungkin saya lupakan
Cikgu-cikgu tadika mala, kak ct n shawati yang sentiasa menceriakan saya sebulan ni.
Mereka-mereka lah tempat saya bermanja dan tempat meluahkan segala masalah.
Dan bila saya kembali ke maktab mereka ini lah yang saya rindu dan ingin bersama mereka.
sebulan mengajar saya lebih erti pengorbanan mentarbiah manusia dan kesabaran mendidik hati manusia sekeliling saya.
di samping itu 

saya belajar membuat sambal belacan melanau 
sedap sambil cecah dengan timun 

dan

Saya belajar membuat kek cokelat dengan sedap.
Cuba dan terus cuba.
Saya belajar satu benda yang kita tidak boleh putus asa dalam apa jua bidang yang kita ambil walaupun benda yang kita buat tu sedikit sekali hasilnya.

Kalau kek yang kita buat tu tak menjadi, Allah mentarbiah saya untuk usaha lagi supaya kek itu menjadi sedap. 

Usrah bersama mereka di permai dan dating bersama umi di Bandung

tadi balik ke maktab air mata saya tidak dapat berhenti dari menangis
saya terkenang kan umi, shawati, mala n kak ct. anak murid di sk abang ali



sungguh hati saya basah dengan kehadiran mereka dan peringatan umi masa usrah tadi

. . .

doakan saya kuat di jalan ini.

saya sayang mereka kerana Allah.

                         sambut bufday akhowat kak ct (cikgu hem sk abang ali) 



miss them badly.



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Daie?

Ramadhan jangan pergi.

fikrah atau ilmu