Ramadan datang lagi.

Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak menulis di sini.Rindu sangat untuk menulis.
Pejam celik pejam celik lagi 6 hari nak ramadhan.
Ya ALLAH.
cepat sungguh masa itu berlalu.
Lagi dua bulan sahaja untuk melangkah fasa baru..
Seakan kejap sahaja masa yang ada.
Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk merasai
hidup di dunia yang penuh dengan ujian dan cabaran.
Setiap hari berazam untuk menjadi lebih baik
Setiap hari ingin menjadi orang yang bermanfaat untuk orang sekeliling.
Sejujurnya banyak tahun yang perlu dilalui untuk ditempuhi.
Setiap tahun itu berbeza ujiannya.
Selalu mintak dengan ALLAH supaya dikuatkan hati dan diberi ketabahan yang tinggi.
Sebab kita tahu setiap kelemahan yang ada itu kadang-kadang kita tidak mampu nak hadapi.
Percayalah
Setiap dari kita kepunyaan ALLAH.
Kadang-kadang aku tidak mengerti mengapa manusia hidup bagai lupakan Tuhan yang menciptakan dirinya.
Sedangkan kita hidup di dunia ini sementara kalau hendak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi.


Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (QS Al-Isra’: 18-19)


Saya ingin mengajak manusia yang membaca blog saya.
marilah kita memperbaiki diri untuk kembali mencari hakikat diri ,mengenal kembali asal-asal kejadian manusia untuk kembali kepada Pencipta kita, Allah.

Semoga ramadhan kali ini membersihkan hati kita dari sifat2 mazmumah,
memperbanyakkan bacaan Al quran dan mentadabur Al quran..
Semoga hati kita sentiasa menangis dan mensyukuri setiap nikmat2 yang tidak mampu kita hitung dengan jari.

Ramadhan kali ini.
saya berazam untuk menjadi hambaNYA dan bersungguh berusaha menjadi lebih baik.
doakan saya.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu