Kelebihan

Assalamualaikum.
Salam ramadhan yang ke 13.
Alhamdulilah atas nimat yang diberi oleh NYA.
Bagaimana puasa kita hari ni?
Bagaimana dengan ibadah kita hari-hari?

Moga baik-baik sahaja.
Kadang-kadang saya harap apa yang saya tulis moga ada pembaca yang menunggu post saya.
Bukan mudah untuk menulis sesuatu yang bermanfaat.
tetapi saya percaya setiap apa yang saya tulis adalah lintasan hati kurnian Allah yang hanya dipinjam kan sementara.
Kelebihan.mungkin dalam fikiran kita adalah bakat atau kemahiran yang kita ada dalam setiap diri manusia.
Ya.Benar.Tetapi kelebihan yang saya hendak ceritakan adalah tentang kelebihan seorang wanita/perempuan di dalam bulan puasa.
Sebab kita masih di dalam bulan puasa.Hakikatnya wanita/perempuan yang Allah jadikan adalah sangat istimewa.Istimewa kerana bukan hanya ada tidak dapat memenuhkan puasa tetapi lebih dari itu.
dan ada sebab kenapa Allah tidak memberi kelebihan ini kepada lelaki .yang ni saya akan cari sendiri sebabnya.kerana saya belum temui kenapa?
Secara jujurnya sebagai seorang wanita akan melalui perasaan yang sangat down apabila ditengah2 beribadah.tiba2 Allah memberi cuti khas.sebab biasanya mereka ada kpi2 or target yang ingin dicapai sepanjang bulan ramadhan.

Namun begitu.Allah Lebih Mengetahui

Saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mengekalkan momentum iman disaat para wanita sedang bercuti khas.

1.Tadabur dan tilawah.Teruskan rutin tadabur dan tilawah yang biasa kita lakukan sekiranya kita
   yakin dengan Allah akan terima apa sahaja amalan untuk Dia.

2.Menolong.Menolong untuk memudahkan orang lain atau ahli keluarga kita yang lain
   berpuasa.Menolong memasak, menolong membuat kerja rumah, menolong mencuci baju,
   menolong membeli kan juadah berbuka dan sebagainya.

3.Istigfar.Lazimilah lidah kita sentiasa beristigfar hanya kepada Dia.Mungkin kita kurang sabar atau
  emosi maka istigfar salah satunya.


orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( Al Ra`d:28).

4.Mengadu.Mengadu lah dengan Allah banyak2.Bukan mengadu di laman sosial.walaupun syaitan
   telah diikat.tetapi nafsu tidak pernah mengikat.malah sentiasa memburu.

5.Percaya dan yakin. Manusia selalu kurang percaya dan yakin pada diri.selalu berfikiran
   negatif.carilah sumber yang positif dari Al quran.insyallah jiwa pasti tenang.


.
Cukuplah hanya 5 sahaja tips yang saya boleh kongsikan apabila saya didatangi cuti khas kerana saya masih struggle untuk membuat kelima-lima ini..

Semoga bermanfaat untuk ummah.



Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan jangan pergi.

Apa itu Daie?

fikrah atau ilmu